Thursday, October 30, 2008

NO KOMEN

1. Bila si dia sibuk........
Jangan pulak terhegeh-hegeh mintak si dia menjemput kamu kat tempat
kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di
katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi
egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak
mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah
cahaya lilin, bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis
pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk
masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..?
heh.heh..

4. Bila si dia panas baran........
Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi api kemarahannya. Cuba
berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti
selipar putus ker, aper2lah...Dalam saat sebegini si dia hanya perlu
rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah
kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tak puas hati kamu tentang
sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya
mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertol ak ansur antara
satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja
katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu
berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan
tidak menjejas hubungan kamu berdua..

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik
minatnya, buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin
kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu
bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan
tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan
keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die
meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn
sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi
perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan
sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.


HADIAH DAN MAKNA TERSIRAT

Hadiah dan Makna Tersirat.....

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda
mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN...... ..Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... ...... Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... ...... Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... ...... Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... ....... Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. .... .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... .......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ....... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA........ ........Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ........ semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN...... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya
dunia dan akhirat.

PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum.. ..
HANDPHONE... tandanya. ... kau jangan lari dari ku!!!!.......aku akan cari kamu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup.....

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..

KOS KAWIN KAWAN KU!!!!

Khas buat mereka yang nak kawin...
Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya. .......... ....!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.


So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... .. dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.

Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kerete

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun takleh masok!

Kos : RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan ? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.
At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ...

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal. .. . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. .. .. Zaman sekarang ni kan ; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah:-

Sebab
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "

p/s: saya pun tak tau nk ckp aper..tapi pada saya menda2 cmni pun ader betul ader salahnya..sajer post gurau2 hehe jgn marah yer org2 yg dh plan nak kawen?pesanan saya, mendirikan masjid tu pahle nyer bessaaarrr!Cewwaaah h!!!

URMMMMMM..

Hi frenz….

For a gud laugh….hahaha


Wedding Fairy

A married couple in their early 60s was celebrating their 40th wedding anniversary in a quiet, romantic little restaurant.

Suddenly, a tiny yet beautiful fairy appeared on their table.

She said, 'For being such an exemplary married couple and for
loving to each other for all this time, I will grant you each a wish.'

The wife answered, 'Oh, I want to travel around the world with my darling husband.'

The fairy waved her magic wand and - poof! - two tickets for the Queen Mary II appeared in her hands.

The husband thought for a moment: 'Well, this is all very romantic, but an opportunity like this will never come again.

I'm sorry my love, but my wish is to have a wife 30 years younger than
me.'

The wife, and the fairy were deeply disappointed, but a wish is a wish.

So the fairy waved her magic wand and poof!...

the husband became 92 years old.

The moral of this story: Men who are ungrateful bastards should remember
fairies are female.....


SEND THIS TO A WOMAN WHO NEEDS A GOOD LAUGH ....
AND TO ANY MAN WHO CAN HANDLE IT!


PENTING..MAYBANK MEMBER BACA LORH..

Semua pemegang akaun MAYBANK

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message "invalid pin number" pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan "nombor pin salah" terpapar di skrin. ??
É"Ÿï¿½/SPAN>

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message "invalid pin number, please call this number "xxx-xxxx" pops up.
2... Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan "nombor pin salah, sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin"

3. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.


NOTE: if you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.
Sekian harap maklum.


Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Tel : 03-20708833

Saturday, October 25, 2008

mimpi

Seperti kebiasaan, aku pasti akan memainkan lagu dari laptop ku dan membiarkan ia terus online dalam keadaan 'invisible', dan aku terus menelaah nota-nota yang dibuat dalam bentuk web, dan kemudian tertidur dan laptop ku terus terbiar seperti selalunya, tapi hari ni suasana berbeza, aku terkejut dari tidur yang menakutkan dan aku hanya teringatkan sesuatu, aku tahan diri agar tidak mempedulikannya, itu hanya mimpi, tapi rasa ketakutan mendesak aku untuk menghubunginya, lantas dengan keegoan aku hanya sekadar menghantar mesej, tapi tak berbalas, aku rasa ketakutan makin kuat lantas aku menghubungi melalui panggilan tapi tak berjawab, aku semakin takut,lantas aku teringat ku masih belum menunaikan solat,lantas aku terus menunaikan kewajiban ku,tapi perasaan takut itu terus terasa,selesai solat dan belum sempat ku melipat kain solatku,ia menghubungiku,dan aku rasa bergetar,kenapa?,bukankah aku telah berniat untuk melepaskan semuanya,maka aku menjauhinya,tapi kenapa itu yang terjadi diwaktu aku telah memutuskan untuk melepaskannya. Aku masih berpikir apa sebenarnya yang ku mimpikan tadi sampai mengundang ketakutan yang membuat ku menyisihkan keputusan yang telah ku tekadkan.

Friday, October 24, 2008

KENAPA

Kenapa susah untuk memahami
sukar untuk difahami

Kenapa susah untuk mengerti
sukar untuk dimegertikan

Kenapa susah untuk mempercayai
sukar untuk dipercayai

Kenapa susah untuk meyakini
sukar untuk diyakini

Kenapa berpaling waktu
ia kembali

tapi kenapa biar ia pergi
sebelum ia benar-benar pergi

kenapa ia begitu rumit
kenapa merumitkannya,

kenapa???

Sunday, October 19, 2008

MEMAGAR DIRI DAN RUMAH

Assalamualaikum semua,
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman
DOA,
Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn
keIKHLASAN hati."

Salam Mesra ,

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir
dan
pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini
tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan
kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan
semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan
kita
ada satu tembuk yg amat keba! l. Sesudah selesai membaca ayat kursi
hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang
masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg
lainnya
berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya
adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari
pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu
berada
dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya
pula. Tetapi pe! rlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman
pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal
kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya
tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya
rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan
mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik
dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak
yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk
mereka.
Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara
membaca
ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu
hadapan
rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca
ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali
tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
Jangan
cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari
dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan
masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu
perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang
masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

PERNIKAHAN

Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".

J I K A........
Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. .....
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... .

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya .....dan menyesal sudah tiada gunanya.

Wednesday, October 8, 2008

KEKASIH YANG TAK DIANGGAP

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

Tuesday, October 7, 2008

WANITA SGT ISTIMEWA

MengapaWANITAsangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke
5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


KENALI DIRI MELALUI BANTAL

Bantal dan Anda
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang
tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan
jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang
akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap
kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuatkeputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai,
malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat
egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego

6) Tanpa bantal.....dan tak punya bantal langsung
Mereka ni .....
gi la beli bantal satu weii !!
Kat Tesco RM3.90 je!!
hehehe ............