Tuesday, September 23, 2008

MAHLIGAI KASIH


Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan


Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati


Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina oh
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

'Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga'


Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku oh
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia oh

NUR KASIH

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

( doa )
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata


(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

AKU BUNTU

Pagi ini,

aku seperti hari-hari biasa,
meniti suatu pencarian dan pengertiaan,
dan pemahaman,

tapi aku masih gagal menemuinya,
gagal menyelaminya,

hatiku terus mendesak,
beredarlah dari tempat yang tidak memerlukanmu,
dan hatiku berkata lagi bertahanlah,
kerna ia sangat memerlukanmu,

lantas aku makin keliru,
yang mana harusku turutkan,
aku menjadi buntu,

lantas aku diam membisu,
membiarkan semua persoalan berlegar,
dan berlalu dalam kekalutan pemikiranku,

kenapa???,,,
apakah kita akan melindungi sesuatu yang kita sayangi,
atau kita perlu melukakan sesuatu yang kita sayangi,

aku buntu,
mungkin itu bukan perasaan sebenar,
kerna itu hanyalah sandaran,
yang hanya hadir untuk seketika,
menghilangkan kebosanan,
menenangkan jiwa yang memberontak,

yang tidak menginginkan aku,
untuk terus berada di situ,
perlukah aku bertahan pada pengertiaan,
yang tak kan pernah ada,

atau perlukah aku beredar,
dan membiarkan semuanya begitu sahaja,

benar,
aku ingin beredar,
kerna hatiku merasa sakitnya,

tapi aku juga enggan beredar,
kerna aku seperti terikat padanya,

tapi sampai bilakah aku mampu bertahan,
aku tak bisa menentukannya,

hanya ia yang mampu,
membuat aku terus bertahan,
untuk terus berada di situ,
dan terikat padanya,
atau beredar kerna,
ia tak memerlukannya,

tapi kenapa???
ia masih lagi enggan,
memahamiku,
dan terus menyakitiku,

mungkin,
aku yang salah,
kerna telah tersalah tafsir,

hatiku terasa berat,
untuk beredar,
tapi hatiku,
menjadi kuat,
untuk berlalu,
disaat ku merasakan,
ia tak pernah menginginkanku,

mungkin,
aku tak pernah wujud,
di situ,
maka,
aku tak dimegertikan,

aku buntu,
aku tak bisa memahaminya,
lantas aku hanya mampu,
berdiam.

Monday, September 22, 2008

AYAT-AYAT CINTA

Desir pasir di padang tandus,
segersang pemikiran hati,
terkisahku di antara cinta yang rumit,

bila keyakinanku datang,
kasih bukan sekadar cinta,
pengorbanan cinta yang agung ,
ku pertaruhkan,

maafkan bila ku tak sempurna,
cinta ini tak mungkin ku cegah,
ayat-ayat cinta becerita ,
cintaku padamu,

bila bahagia mulai menyentuh,
seakan ku bisa hidup lebih lama,
namun harus ku tinggalkan cinta,
ketika ku bersujud.

BACALAH DAN BERPESAN-PESANLAH

Dengarkanlah...buatkanlah.....katakanlah.....

Berhati-hati,kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut menghidunya..sejurus kemudian gadis itu pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la ni macam2 kes jenayah ada.......


AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.Sebarkan kalu sayang pada islam!!


Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita datang untuk penuhi panggilannya... Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang. Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan


Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki........ Baca, sebut lepas tu forward...


Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan jantung kita. Panjangkan dan fowardkan email ini kepada seramai mungkin saudara, sahabat, kenalan seislam dengan anda....

aku tak pasti atau aku yang menafikannya

entah kenapa
aku sendiri tak mengerti
atau aku sendiri yang menafikan dari mengerti tentangnya,

kerisauan dan kebimbangan terhadap ia,
sangat ketara,
kenapa?

mungkin aku yang salah,
kerna terlewat datang,
kerna terlewat mencari,
kerna terlewat menemui,

lantas ia menjadi kerisauan dan
kebimbangan dalam hatiku,

aku takut kehilangan sesuatu,
sesuatu yang aku sendiri tak pasti,
aku ingin melindunginya,
sangat ingin melindunginya,
kerna aku terlalu bimbang akan ia,

mengapa??

aku tak pasti,
atau aku yang menafikannya,

tapi ia tidak pula menunggu aku,
disebabkan itu,
sekarang ia,
menjadi kebimbangan ke atas aku,

aku tak pasti,
atau aku yang menafikannya.

MENGETAHUI MALAM LAILATULQADAR

Soalan: Bagaimana untuk kita mengetahui mengenai tanda-tanda kehadiran malam Lailatulqadar?

- Sulaiman Yunus, Kampong Awah, Termeloh, Pahang.

JAWAPAN: Kata sesetengah ulama, malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu.

Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Wallahualam.

MENGINGGATI KEMATIAN

Kematian sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan yang bernyawa.
JAWAPAN: Setiap makhluk, tidak boleh melarikan diri daripada mati, termasuk binatang, jin, malaikat, termasuk malaikat yang mengambil nyawa. Kematian adalah satu hakikat hidup. Dalam surah al-Ahzab, ayat 16 dijelaskan: Katakanlah, lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan dan jika kamu terhindar dari kematian, kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja.
Ketika ditanya tentang kematian, baginda menjawab bahawa manusia yang baik ialah mereka yang baik budi dan akhlaknya, manakala manusia yang terkaya adalah mereka yang banyak ingatkan mati, juga baik persediaannya.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsunya, tetapi berharap keampunan Allah tanpa amal.

Allah menyuruh agar setiap orang mengingati mati, kerana dengan berbuat demikian, manusia akan sentiasa ingatkan diri, melakukan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Keterangan ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah: 94 yang bermaksud, Katakanlah, jikalau kamu menganggap bahawa kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka ingatkanlah kematian, jika andainya kamu memang benar.

Walaupun demikian, mereka yang banyak melakukan dosa, inad dan derhaka kepada Allah, mati itu merupakan sesuatu yang menakutkan. Mereka tahu tentang balasan baik dan jahat di akhirat kelak, namun leka tidak menyediakan bekalan baginya.

Mengenai sikap golongan ini Allah berfirman (al-Baqarah: 95), yang bermaksud: Dan sekali-kali mereka tidak akan mengingini kematian itu selama- lamanya, kerana kesalahan-kesalahan yang telah diperbuat oleh tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang yang melakukan kezaliman.

Keterangan di atas menjelaskan bahawa kematian itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bagi mereka yang beriman dan cukup persediaan menjadikan hidup di dunia ini sebagai tempat semaian akhirat, menganggap bahawa dunia ini hanya tempat laluan untuk negeri yang kekal, iaitu akhirat.

Bagi mereka yang kelu dan terpesona dengan keghairahan dunia, yang selama ini menganggap dunia ini terlalu mengasyikkan, mati bererti kemusnahan segala-galanya, pada hal hidup di dunia ini hanya sesuatu yang mempesonakan lagi penuh dengan tipu daya. Apabila diperingatkan dengan seksa ketika berhadapan dengan sakaratul maut, juga soalan- soalan kubur, terbentang dalam pemikiran tentang seksa-seksa yang mengerikan tadi.

Mengingati mati bukan bererti memaksa atau menutup segala keindahan hidup di dunia. Rasulullah SAW menyuruh agar setiap orang insaf dengan mengingati mati, kerana mengingati mati itu satu jalan yang paling memberi kesan bagi memperoleh keinsafan diri. Baginda menyuruh agar orang yang beriman itu menziarahi kubur, kerana dengan berbuat demikian, ia akan memperingatkan akhirat, iaitu mati.

Baginda juga menyuruh agar memandikan mayat, kerana perbuatan mengendalikan jasad yang keras kaku itu merupakan satu peringatan yang mendalam kesannya. Baginda juga menyuruh agar menyembahyangkan jenazah, semoga dengan berbuat demikian akan menyedarkan diri, sesungguhnya orang yang sedih insafkan diri itu sentiasa dalam lindungan Allah, di mana ia akan memperoleh kebaikan.

Memang banyak hadis yang membicarakan tentang seksaan sakaratul maut, juga seksaan di kubur. Ada yang menggambarkannya seperti dipancung dengan pedang. Ketika itu lidah menjadi kelu, tidak berupaya meminta tolong. Ada pula hadis yang menjelaskan sakaratul maut itu tidak ubah seperti kambing yang dilayat hidup-hidup oleh tukang sembelih. Selain daripada itu, seksaan juga terjadi ketika melihat malaikat maut, gambaran bakal balasan yang akan diterima juga tempatnya di akhirat kelak.

Beriman
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa apabila seseorang yang beriman itu hampir mati, ia akan didatangi oleh malaikat yang membawa bersamanya sehelai kain sutera, yang ada padanya kasturi, anbar dan harum-haruman.

Maka keluarlah rohnya seperti tercabutnya sehelai rambut daripada adunan tepung dan diucapkan: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda dan diredai ke atasmu kepada menemui Allah dan kemuliaan-Nya. Maka apabila rohnya itu keluar, dia diletakkan di atas kasturi, anbar dan raihan, lalu kain itu dilipat dan dibawa bersama dengannya ke Illiyiin.

Hadis di atas menjelaskan bahawa roh orang yang beriman dicabut dengan penuh hormat dan kasih sayang dengan perintah Allah, lalu roh tadi keluar dalam keadaan reda dan terlalu ingin bertemu Allah. Apabila hamba itu reda, maka Allah lebih reda untuk menemuinya. Kemudian roh itu dibawa pergi meninggalkan jasad yang terlantar, dibawa bersama ke Illiyiin, satu tempat yang tinggi di syurga.

Ketika menziarahi seorang lelaki kaum Ansar yang hampir meninggal dan melihat malaikat maut yang ada di hujung kepala lelaki berkenaan Baginda bersabda: "Ya malaikat maut, berlembutlah kepada sahabatku, sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman." Malaikat menjawab, "Tenangkan dan yakinkan dirimu. Sesungguhnya aku bersikap lemah lembut kepada setiap orang yang beriman."

Abu Masud pernah menyatakan bahawa apabila Allah mahu mengambil roh orang yang beriman, Dia mewahyukan kepada malaikat yang Allah mengirim salam kepadanya. Apabila malaikat itu datang kepada orang yang berkenaan, ia memberitahu kepada hamba tadi yang Allah mengirim salam kepadanya.

Roh manusia tidak akan berpisah daripada jasadnya, sehinggalah Allah memperlihatkan di mana roh itu akan diletakkan kelak, sama ada di syurga ataupun di neraka. Bagi orang yang beriman, tentunya syurga tempatnya dengan belas ihsan Ilahi seperti yang telah ditetapkan dalam janji-janji-Nya.

Keterangan hadis-hadis di atas menjelaskan ketenangan akan diperoleh oleh setiap orang yang beriman ketika sedang berhadapan dengan sakaratul maut. Allah mewahyukan malaikat agar menyampaikan salam kepada hamba berkenaan sebelum nyawa yang dipinjamkan itu diambil kembali. Satu tanda kasih Allah kepada hamba-Nya yang dikasihi.

Ketika mengambil nyawa, malaikat mengambilnya dengan penuh hati-hati dan timbang rasa tidak ubah seperti menarik rambut daripada adunan tepung. Rambut halus tidak putus dan tepung tidak bertaburan. Dalam masa yang sama Allah akan perlihatkan syurga sebagai tempatnya yang kekal abadi.

Hidup di dunia penuh dengan perjuangan yang perlu dilakukan dengan kekuatan fizikal juga memerah otak. Mereka yang mempunyai kekuatan akan berjaya mengatasi yang lemah. Biarpun berjaya, manusia tidak lepas daripada menghadapi pelbagai masalah yang lahir dari diri sendiri juga orang lain, termasuk keluarga yang disayangi. Selain daripada menerima pelbagai masalah akibat kesilapan diri, masalah sering berlaku akibat faktor luaran yang tidak disangka. Demikianlah nature hidup yang hakikatnya mengikis dan memamah sebahagian daripada usia setiap orang.

Bagi orang yang beriman, mati itu merupakan rehat daripada pelbagai perjuangan dunia yang tidak berpenghujung. Kerana itu apabila diperlihatkan syurga, ia terlalu ingin untuk tinggal di dalamnya dan mahu meninggalkan dunia ini secepat mungkin. Walaupun segala-galanya ini tidak akan berlaku, kecuali dengan mati terlebih dahulu. Kerana itu tidak ada jalan lain untuk ke syurga kecuali mati. Mati bererti menemui Tuhan. Orang yang beriman terlalu ghairah untuk menemui Tuhan dan reda dengannya. Dalam keadaan seperti ini, Allah amat reda untuk menemuinya.

Dalam sebuah hadis daripada Saidina Abdullah bin Abbas r.a dinyatakan bahawa malaikat maut itu seperti orang muda yang sangat baik rupa parasnya. Pakaiannya juga begitu baik dan sangat harum baunya. Nabi Ibrahim berkata, kalaulah seorang yang beriman itu melihat mukanya ketika hampir mati, penglihatan itu sudah cukup untuk menggembirakan hatinya.
Nikmat

Memang terdapat hadis-hadis membicarakan tentang azab ketika sakaratul maut. Namun kesakitan itu akan luput tidak terasa dengan keghairahan menemui Allah, setelah melihat nikmat syurga yang diperlihatkan, salam Allah kepada orang yang beriman, ketenangan melihat rupa malaikat dan perilaku malaikat ketika nyawa dicabut daripada jasad.

Orang yang beriman adalah kekasih Allah. Orang yang berkasih-kasih tidak akan menyeksa kekasihnya, malah akan berkorban melakukan sesuatu yang terbaik dan memelihara juga melindunginya. Andainya ini boleh berlaku di kalangan manusia, iaitu makhluk yang lemah dan kekurangan, apakah mustahil Allah Yang Maha Agung lagi berkuasa untuk memberi kenikmatan kepada kekasih-Nya ketika sakaratul maut.

Allah menjanjikan kebahagiaan dan nikmat bagi mereka yang taat kepada-Nya, tidak melakukan maksiat atau kesalahan. Apabila melakukan kesalahan, dengan segera seseorang itu bertaubat dan tidak mengulanginya. Kerana itu, bagi mereka yang beriman, ada rasa yakin kepada Allah, tidak perlu gundah atau terganggu apabila teringatkan mati.
Pengalaman yang saudara alami bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang berlaku adalah bergantung kepada iman dan pemahaman seseorang terhadap Allah, yang diperoleh daripada ilmu tauhid yang dipelajari.

Semuanya berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran, hadis-hadis dan sebagainya yang dalam banyak hal dapat difikiri logiknya oleh akal. Itulah yang dinamakan iman, yang menentukan sama ada seseorang itu akhirnya ke neraka atau syurga Allah SWT.

Sunday, September 21, 2008

BERSABARLAH HATI

Sabarlah,

hanya itu yang mampu ku ucapkan pada hatiku,

sabarlah ...sabarlah,

hingga tiba saat itu,
saat di mana kau tak perlu lagi mencari,
atau mengerti sesuatu,
saat di mana hati,
kau penuh dengan ketenangan,
dan hilanglah segala kerunsingan,

aku masih lagi mencari pengertian,
dalam kekeliruan dan dalam kesamaran,
mungkinkah aku akan menemuinya..,
aku tak pasti,

tapi bilakah ia mungkinkan berlaku,
bilakah waktu itu akan tiba,
bilakah pengertian itu akan aku miliki,

bersabarlah hati,
tertawalah,
sembunyikan segala yang kau rasai,
tersenyumlah,
agar kau biasa menjadi mentari,
terangilah ia,
hingga saat kau tidak diperlukan lagi,
bersinarlah hati,
sembunyikan segala calar yang menyelebungi mu,
dengan kilauan yang menyilaukan pandangan mata,
bersabarlah hati,
lindungilah segala yang kau miliki,
jangan biarkan mereka menafsirmu,

biarkanlah semuanya,
berlalu begitu sahaja,
janganlah kau biarkan ia merosakkan mu,

bersabarlah hati,
bertahanlah,
demi aku,

bertahanlah,
demi aku.

ASMAAULHUSNA

1Ar RahmanالرحمنMaha PengasihThe All Beneficent

2Ar RahimالرحيمMaha PenyayangThe Most Merciful

3Al MalikالملكMaha Merajai/MemerintahThe King, The Sovereign

4Al QuddusالقدوسMaha SuciThe Most Holy

5As SalaamالسلامMaha Memberi KesejahteraanPeace and Blessing

6Al Mu`minالمؤمنYang Memberi KeamananThe Guarantor

7Al MuhaiminالمهيمنMaha PemeliharaThe Guardian, the Preserver

8Al `AziizالعزيزMaha GagahThe Almighty, the Self Sufficient

9Al JabbarالجبارMaha PerkasaThe Powerful, the Irresistible

10Al MutaqabirالمتكبرMaha Megah, Yang Memiliki KebesaranThe Tremendous

11Al KhaliqالخالقMaha PenciptaThe Creator

12Al Bari`البارئYang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)The Maker

13Al MushawwirالمصورYang Membentuk Rupa (makhluknya)The Fashioner of Forms

14Al GhaffaarالغفارMaha PengampunThe Ever Forgiving

15Al QahhaarالقهارYang MemaksaThe All Compelling Subduer

16Al WahhaabالوهابMaha Pemberi KaruniaThe Bestower

17Ar RazzaaqالرزاقMaha Pemberi RejekiThe Ever Providing

18Al FattaahالفتاحMaha Pembuka RahmatThe Opener, the Victory Giver

19Al `AliimالعليمMaha Mengetahui (Memiliki Ilmu)The All Knowing, the Omniscient

20Al QaabidhالقابضYang Menyempitkan (makhluknya)The Restrainer, the Straightener

21Al BaasithالباسطYang Melapangkan (makhluknya)The Expander, the Munificent

22Al KhaafidhالخافضYang Merendahkan (makhluknya)The Abaser

23Ar Raafi`الرافعYang Meninggikan (makhluknya)The Exalter

24Al Mu`izzالمعزYang Memuliakan (makhluknya)The Giver of Honor

25Al MudzilالمذلYang Menghinakan (makhluknya)The Giver of Dishonor

26Al Samii`السميعMaha MendengarThe All Hearing

27Al BashiirالبصيرMaha MelihatThe All Seeing

28Al HakamالحكمMaha MenetapkanThe Judge, the Arbitrator

29Al `AdlالعدلMaha AdilThe Utterly Just

30Al LathiifاللطيفMaha LembutThe Subtly Kind

31Al KhabiirالخبيرMaha Mengetahui RahasiaThe All Aware

32Al HaliimالحليمMaha PenyantunThe Forbearing, the Indulgent

33Al `AzhiimالعظيمMaha AgungThe Magnificent, the Infinite

34Al GhafuurالغفورMaha PengampunThe All Forgiving

35As SyakuurالشكورMaha Pembalas Budi (Menghargai)The Grateful

36Al `AliyالعلىMaha TinggiThe Sublimely Exalted

37Al KabiirالكبيرMaha BesarThe Great

38Al HafizhالحفيظMaha MenjagaThe Preserver

39Al MuqiitالمقيتMaha Pemberi KecukupanThe Nourisher

40Al HasiibالحسيبMaha Membuat PerhitunganThe Reckoner

41Al JaliilالجليلMaha MuliaThe Majestic

42Al KariimالكريمMaha PemurahThe Bountiful, the Generous

43Ar RaqiibالرقيبMaha MengawasiThe Watchful

44Al MujiibالمجيبMaha MengabulkanThe Responsive, the Answerer

45Al Waasi`الواسعMaha LuasThe Vast, the All Encompassing

46Al HakiimالحكيمMaka BijaksanaThe Wise

47Al WaduudالودودMaha PencintaThe Loving, the Kind One

48Al MajiidالمجيدMaha MuliaThe All Glorious

49Al Baa`itsالباعثMaha MembangkitkanThe Raiser of the Dead

50As SyahiidالشهيدMaha MenyaksikanThe Witness

51Al HaqqالحقMaha BenarThe Truth, the Real

52Al WakiilالوكيلMaha MemeliharaThe Trustee, the Dependable

53Al QawiyyuالقوىMaha KuatThe Strong

54Al MatiinالمتينMaha KokohThe Firm, the Steadfast

55Al WaliyyالولىMaha MelindungiThe Protecting Friend, Patron, and Helper

56Al HamiidالحميدMaha TerpujiThe All Praiseworthy

57Al MushiiالمحصىMaha MengkalkulasiThe Accounter, the Numberer of All

58Al Mubdi`المبدئMaha MemulaiThe Producer, Originator, and Initiator of all

59Al Mu`iidالمعيدMaha Mengembalikan KehidupanThe Reinstater Who Brings Back All

60Al MuhyiiالمحيىMaha MenghidupkanThe Giver of Life

61Al MumiituالمميتMaha MematikanThe Bringer of Death, the Destroyer

62Al HayyuالحيMaha HidupThe Ever Living

63Al QayyuumالقيومMaha MandiriThe Self Subsisting Sustainer of All


64Al WaajidالواجدMaha PenemuThe Perceiver, the Finder, the Unfailing

65Al MaajidالماجدMaha MuliaThe Illustrious, the Magnificent

66Al WahiidالواحدMaha EsaThe One, the All Inclusive, the Indivisible

67Al AhadالاحدMaha EsaThe One, the All Inclusive, the Indivisible

68As ShamadالصمدMaha Dibutuhkan, Tempat MemintaThe Self Sufficient, the Impregnable, the Eternally Besought of All, the Everlasting

69Al QaadirالقادرMaha Menentukan, Maha MenyeimbangkanThe All Able

70Al MuqtadirالمقتدرMaha BerkuasaThe All Determiner, the Dominant

71Al MuqaddimالمقدمMaha MendahulukanThe Expediter, He who brings forward

72Al Mu`akkhirالمؤخرMaha MengakhirkanThe Delayer, He who puts far away

73Al AwwalالأولMaha Awal (Alfa)The First (Alpha)

74Al AakhirالأخرMaha Akhir (Omega)The Last (Omega)

75Az ZhaahirالظاهرMaha NyataThe Manifest; the All Victorious

76Al BaathinالباطنMaha GhaibThe Hidden; the All Encompassing

77Al WaaliالواليMaha MemerintahThe Patron

78Al Muta`aaliiالمتعاليMaha TinggiThe Self Exalted

79Al BarriالبرMaha PendermaThe Most Kind and Righteous

80At TawwaabالتوابMaha Penerima TobatThe Ever Returning, Ever Relenting

81Al MuntaqimالمنتقمMaha PenyiksaThe Avenger

82Al AfuwwالعفوMaha PemaafThe Pardoner, the Effacer of Sins

83Ar Ra`uufالرؤوفMaha PengasihThe Compassionate, the All Pitying

84Malikul Mulkمالك الملكPenguasa Kerajaan (Semesta)The Owner of All Sovereignty

85Dzul Jalal Wal Iqramذو الجلال و الإكرامPemilik Kebesaran dan KemuliaanThe Lord of Majesty and Generosity

86Al MuqsithالمقسطMaha AdilThe Equitable, the Requiter

87Al Jamii`الجامعMaha MengumpulkanThe Gatherer, the Unifier

88Al GhaniyyالغنىMaha BerkecukupanThe All Rich, the Independent

89Al MughniالمغنىMaha Memberi KekayaanThe Enricher, the Emancipator

90Al ManiالمانعMaha MencegahThe Withholder, the Shielder, the Defender

91Ad DhaarالضارMaha Memberi DeritaThe Distressor, the Harmer

92An Nafi`النافعMaha Memberi ManfaatThe Propitious, the Benefactor

93An NuurالنورMaha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)The Light

94Al HadiالهادئMaha Pemberi PetunjukThe Guide

95Al BadiالبديعMaha PenciptaIncomparable, the Originator

96Al BaqiالباقيMaha KekalThe Ever Enduring and Immutable

97Al WaarithالوارثMaha PewarisThe Heir, the Inheritor of All

98Ar RasyiidالرشيدMaha PandaiThe Guide, Infallible Teacher, and Knower

99As SabuurالصبورMaha SabarThe Patient, the Timeless

Saturday, September 20, 2008

bosan....bacalah ni

Soalan pertama....berbunyi
1). Apakah dia 'rumah di bawah, Tiang di atas'...kah. .kah..kah













jawapannye: KUBUR! nam kaki dalam, ada lebar lagi.








2). Cuba teka,mouse komputer , jantan ke betina?













jawapannye: betina.... sebab dia pakai pad.








soalan seterusnye.. ..
3). Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor saper lagi
panjang..... ?
ha...aper dier..














jawapannye:. ....ekor tikus .....kerana ekor tikus mencecah tanah, ekor
lembu langsung tak cecah tanah, tergantung ajer....









4). Kenapa pokok kayu balak ditebang???? ???














abis dah tak boleh di cabut, di tebanglah!!











Adakah anda memerlukan talian hayat??











Soalan seterusnye.. ..
5). Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu hah....?
kalo terer jawab.














Jarum meter...ahaks. .ahaks...









Soalan keenam pula berbunyi,... .
6). Ianya Besar di negeri Arab, kecil di negeri china,di maggi ada, di
lobak pun ada...disana ada, di sini tiada, yang ada pun ada, yang tiada
pun ada ...pening betul lah...jawap lah??????














Dan jawapannye ialah....... ....
HURUF A!!!!









Talian hayat anda sudah abis.
Kita ke soalan seterusnye.. ..










7). Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pula
berjalan,kalau ditenguk betul- betul...memang sah ia jalan!!!














Memang la jalan raya!....... ..










. Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari diatas?















Ha..ha..ha.. ha.. bumbung bas yg bocor dek air hujan...!










9)Beruk mana yg jari dia dok tarik scroll ke belakang .....jawap jgn tak
jawappppp... .















.. jawapannya: orang yg dok baca artikel nii...gi buat keje .....!!!!!
biasa nih!

HA..HA..HA.. . HA.... SEMOGA DAPAT RELEASE TENSION KORANG.








(sori,aaaaaaa)

CINTA NAN SATU - KISAH CINTA SENAKAL CINTA DALAM TITANIC MOVIE‏

Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kantin masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.

Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkok sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas the ais serta satu pinggan dan mangkok kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan sisuami terus makan dan si ieteri tersenyum melihat sisuami makan tanpa makan walaupun sedikit.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju kemeja mereka. Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difgikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makananya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairanya lalu bertanya, "Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?" Dengan tersenyum, si isteri menjawab, "Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu...

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak

bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak

buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
tidak
boleh bimbing saya soal agama



2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri

selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang

hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli

rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.



3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
di
Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias

cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju

perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah

dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas

pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa

anaknya.



4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit

saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
semua
di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.



5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
belum
pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin.

Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.



6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama

juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.



7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
memang
nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
mahu
seks tiap2 malam dan suka liwat saya.



9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak

dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.



10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya

tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia

penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.



11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
Namun,
saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
jenis.


12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga

apabila asyik bercinta dengan "maknyah".



13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar

dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya

kerana menuruti kehendak emaknya.



14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik

sahaja dilahirkan dahulu.



15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si

anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.

Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.



16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa

dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa

mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.



17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
untuk
saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun

dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.



18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
seminggu
dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat
mengandung.


19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
belanja
bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
sendiri,
tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput,
kalau
tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.



20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak
kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
kereta
kesayangannya.



21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
suami
sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
berselera
besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
Terpaksalah
saya menyara anak2.



22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
'takde
duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja

gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.



23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka

1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg

mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.



24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari

bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi

'bersangkak' .



25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji

nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
digadaikan.
Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling

tahi.



26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri

lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka

kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak

menganggu hidupnya.



27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
setahun.
Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia
kena
'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.



28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang

dah ada tanda2 HIV.



29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
saya
tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2

rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.



30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
Mula2
cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu.

Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara

anak sementara dia di dalam penjara.



31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.

Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang

perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri.
Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.



32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
kerja
sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja

kilang nak sara anak2.



33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
kehebatan
si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya

selama ini?



34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
pendapatan.
Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah
sembat
baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang

dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.



35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.
Saya
dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
kering.
Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
cinta"
perempuan lain di badannya.



36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
besar.
Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi
selepas
pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
Kesudahannya,
semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang
diri
di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan
pihak
hospital.



37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,

suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
orang
muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah

sorang diri terkial-kial menguruskan anak.



38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam

kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun

beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
Dia
sendiri pun tak pernah buat.



39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana

mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,

dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak

percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara

keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan

silap haribulan berendam airmata...



40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.

Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
amat
dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya

2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar

kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

SENDIRI-SAUJANA

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri

AKU MENUNGGU PANGGILAN ITU

aku tak tahu kenapa
tapi aku sering menunggu panggilan itu,

panggilan dari seseorang yang tak aku kenali,
panggilan yang sering membuat aku rasa hidup,
panggilan yang membuat aku menginggati sesuatu,
panggilan yang membuahkan rasa sayang,
panggilan yang sering meluahkan perasaan,
panggilan yang membuat aku menjadi bimbang ,
panggilan yang mampu membuat aku menangis,

aku menunggu panggilan itu,
panggilan yang mampu mengikat aku dalam diam,
panggilan yang sering menyatakan bahawa,
aku tidak faham,
dah tidak mungkin akan faham,

tapi hari ni aku rasa sedih,
sebab aku tak menerima panggilan itu,
dan aku terfikir kenapa aku jadi begitu,
mungkin sebab aku dah terbiasa dengan panggilan itu,
jadi aku bersedih kerana aku tidak mendapatkannya hari ini,

aku tetap menunggu panggilan itu,
ingin sahaja ku gerakkan diri menghubungi panggilan itu,
tapi aku tak berdaya,

kerna ku tak pasti benarkah panggilan itu untuk aku,
benarkah panggilan itu untuk aku,???

aku sendiri tak pasti,
kerna kadang-kadang aku rasa,
seperti tak diperlukan oleh panggilan itu,
mungkin sebab panggilan itu,
kadang-kadang mengecewakan aku,

aku tak mampu,
menahan desakan hati,
lantas aku gagahi diri,
dengan perasaan yang diselubungi bimbang,
dengan kerisauan yang mendalam,
aku lantas menghubungi,
panggilan itu,

dan ia amat melukakanku,
kerna baru ku tahu,
ada yang lebih penting dari aku,
aku tak hirau kalau ia,
adalah sesuatu,
yang indah,
tapi aku hirau,
kerna ia bukan seuatu yang indah,
dan aku tewas padanya,

kerna pangggilan itu lebih memilih ia,
walaupun ia hanya untuk sementara,
dan tak kan pernah membahagiakannya,

dan aku juga tidak,
akan hirau,
sekiranya panggilan itu memilih ENGKAU,
dan bukannya aku,
tetapi kenapa ia,

sesuatu yang hanya akan melukakanmu,
yang membawa lorong-lorong gelap,
kenapa panggilan itu membiarkan,
aku tewas pada ia?

kerna aku tak penting,
pada panggilan itu,
tapi mengapa YA ALLAH,

kenapa KAU bawa aku,
ke arahnya,
sesuatu yang tak memerlukan aku,
YA ALLAH,
janganlah KAU serahkan aku pada sesuatu,
yang lebih memilih yang lain,
selain ENGKAU,
dan aku,

tapi aku ingin selalu bersama panggilan itu,
benar aku ingin bersama panggilan itu,
aku ingin memilikki panggilan itu,
aku ingin merebut panggilan itu dari semua,
aku ingin melakukannya,
tapi aku tak berdaya,

kerna aku tak pasti benarkah panggilan itu untuk aku,
walaupun panggilan itu membenarkannya,
menyatakan ia untuk aku,
tapi masih aku dalam keraguan,
sampai bila panggilan itu akan aku milikki,
kerna ada yang lain yang masih,
yang lebih penting bagi panggilan itu,

aku penuh dengan rasa bimbang tanpa panggilan itu,
kenapa??
jangan tanya kenapa,
sebab aku jua tak mengerti,

YA ALLAH,
andai benar panggilan itu telah KAU
jadikan untuk aku,
maka KAU tenangkanlah hatiku,
dan KAU bantulah aku,
merebut panggilan itu dari semua ciptaan-MU,

YA ALLAH,
bimbinglah hati aku,
agar menjadi tabah dan kuat,
dalam melindungi sesuatu ,
yang telah KAU anugerahkan kepadaku,

YA ALLAH
kuatkanlah aku,
kuatkanlah panggilan itu.

Friday, September 19, 2008

BACA DULU BARU PAHAM

MAYATNYA TIDAK DITERIMA BUMI....

Sebagai pedoman Kita sesama Islam buatlah sesuatu untuk memastikan ilmu iman diterangi cahaya yang penuh zatnya.




--------------------------------------------------------------------------------


ASSALAMMUALAIKUM...

"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Salleh bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia terdengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI UBIIIII.. ( hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

* jgn marah...aku pun terkena gak...poyo betulla...sapa punyer keje...sah konpom xder keje.... kwahwklawahkwah


SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 18, 2008

kepada kawan, aku keliru????

SALAM...entah knp??aku terasa btul2 nk tahu ttg sesuatu dan knp perlu jd begitu???..hm...aku xkan jd mcm nie kalo kawan2 xdesak aku untuk cari tahu ttg sesorg nie...mcm spy xberupah jew aku nie dibuatnyer...tp aku bla makin rmai yg desak aku utk melakukannya kerna mungkin bg mereka aku rapat ngn budak tu..walhal aku ngn dye mcm kucing ngn anjing..heheh..tp ntah knpe diorg sering pinta aku melakukannya...

disebabkan sifat aku yg ingin tahu dan kerana desakan kawan2 yg laen..aku pun beranikan diri utk mencari tahu ttg wajah sebenar budak tu heheheh..Ya ALLAH...nakalnyer aku dan teruknyer perangai aku ehhehhe...

dye tu baik owg nyer tp dingin sgt..kalah dingin nye suasana idup owg eskimo..

aku dgn tekad utk mengetahui wajah sebenar dye..telah copy paste pic dye n aku scan utk cari wajah saper yg dye pkai slma nie kalo bkn pic dye...aku scan dan keputusannyer lbh cenderung menunjukan bhw pic itu mmg pic dye..tp walo bagaimanapun..ade wajah actor japenese yg sama mcm pic dye..sho sakurai...

jd aku pun makin keliru..itu pic dye yg btul ato sho sakurai...wallahualam...

salah aku jgak knpe menyibuk..kan aku yg keliru..tp aku xberniat jahat cume nk tahu wajah sbnr budak yg sllu betekak ngn aku dlm cb eheheh...jd aku msih dlm kekeliruan..misi aku masih xselesai..hehee..kec kalo aku bersemuka dgn dye...ade pic laen dlm ms dye..dan aku rasa itu pic sbnr dye..encem la jgak..tp dr gaya penampilan dye..nmpak sgt peminat actor japenese...

eheheheh..walo apepun..aku xknl dye pun..n dye pun xknl aku gak hehehehe..yg aku knl ..kedinginan dye..sekali je aku jentik..dye meletup mcm bom nuklear tu..YA ALLAH...knpelh dye tu panas sgt ....

tp bg aku ..kita xsptutunya biar owg laen menerima kita melalui wajah... tp melalui perwatakan jd bg aku perwatakn lbh ptg drp rupa paras..hm..jd knpe perlu dipertikaikan wajah seseorg dan bknnye perwatakan owg itu...sedangkan nanty yg menjadi madu dan racun pada kita bkn paras rupanyer tetapi perwatakannyer...

jd usah dipikirkan paras rupa...kerna ia xmenjamin bahagia..
pilihlah berdasar perwatakannye..agar kamu senang bila berdampingannye..

kepada kawanku itu..maaffi ana ye sbb cube mencari tahu wajah sebenar awk..sbb lumrah manusia itu punye sifat ingin tahu dan ia akan berusaha untuk mengetahui ttg nye...

tp mulai ari nie..aku dh xnk peduli dh hal nie..sbb xberfaedah lgsung...biarkanlh seseorg itu dgn caranyer sendiri..jd bg kawan2 ku yg masih menyiasat ttg dirinye..hentikanlh..biarkan dye dgn cara dye..dan ttg perwatakannyer yg dingin tu..biarkan lah ALLAH yg mengubahnyer k

hm...tp pada dye (budak tu) aku mtk sgt..tolong lh jgn cepat sgt melenting..benarlah aku pun kuat melenting jgak..tp ko tu lelaki dan kalo ko ingin jd seorg pendakwah dalam dunie siber nie..yg plg ptg adalah kesabaran..seorg pendakwah yg berjaya adalah mereka yg berjaya memikat hati owg laen agar memimpin mereka dan bknnyer seorg yg blh mencetuskan perbalahan dan seterusnyer menyebabkan mereka menjauhi kamu..

pendakwah bkn shj harus memiliki ilmu pengetahuan ttg agama tp kesabaran..dan bg aku kesabaran itu lbh ptg berbanding ilmu yg kau miliki setinggi gunung..dgn sabar ilmu yg sedikit menjadi bukit..dan dgn sabar jalan yg sukar menjadi senang..sabar....sume batu asas bg kejayaan adalah kesabaran..

belajarlah untuk lbh sabar...moga suatu ari ko berjaya mencapai sume cita2 ko...salam

UCAPAN YG PATUT KAMU UCAPKAN

BISMILLAH (dengan keberkatan nama ALLAH), bila kita mula dengan BISMILLLAH akhiri ia dengan ucapan ALHAMDULILLAH,

INSYAALLAH, ucapkanlah ia,moga ALLAH permudahkan urusanmu,

LA HAULA WALA QUWHATA ILLA BILLAH, ucapkanlah disaat kamu genting,

INNALILLAH WA INNA ILLAIHI ROJIUN, ucapkanlah dikala kamu ditimpa musibah,

MASYAALLAH, ucapkanlah ia setiap kali kamu melihat sesuatu yang kamu tidak ridho

Wallahualam bisshawab

KAEDAH RASULULLAH MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Dalam kehidupan di dunia ini, manusia memerlukan satu tatacara hidup yang dapat memberikan kesejahteraan, ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan kepada mereka. Tatacara hidup yang dapat merangkumi seluruh aspek kehidupan mereka dari segi akhlak, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Justeru itu, Islam telah diturunkan oleh Allah, sebagai suatu tatacara hidup yang lengkap.

Dalam satu tulisan, Dr. Abdul Karim Zaidan mendefinisikan Islam sebagai satu sistem yang menyeluruh dan lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia (way of life) dan merupakan dasar kepada sistem akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dari TuhanNYA untuk disampaikan kepada seluruh manusia.

1. PERKAHWINAN DAN PEMBENTUKAN RUMAHTANGGA.
Perkahwinan dan pembentukan rumahtangga pula merupakan satu titik permulaan dalam mewujudkan sebuah masyarakat mengikut lunas-lunas Islam. Kita bertanggungjawab dalam memastikan rumahtangga yang dibina adalah berdasarkan syariat Islam. Kita harus memastikan Islam disampaikan kepada isteri atau suami, anak-anak serta kaum kerabat yang terdekat dan inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah S.A.W. Allah berfirman:“Oleh itu janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu termasuk golongan orang yang diazab dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu iaitu orang-orang yang beriman.” (Asy-Syu’raa: 213-215)

Oleh itu tugas yang dipertanggungjawab secara langsung ke atas seorang muslim setelah tanggungjawab terhadap diri sendiri ialah tanggungjawab terhadap keluarga, rumah dan anak-anaknya.
Sebelum membina rumahtangga, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh kita semua agar dapat mencapai matlamat yang diingini. Antaranya ialah perkahwinan yang ingin didirikan perlulah diniatkan kerana Allah dengan tujuan membina rumahtangga muslim. Agar dengannya akan lahirlah keturunan yang soleh yang sanggup memikul amanah Allah.
Selain daripada itu tujuan perkahwinan adalah untuk menjaga pandangan dan kehormatan diri baik bagi lelaki atau perempuan. Realiti hari ini, sebelum berumahtangga lagi, hubungan antara lelaki dan perempuan kadangkala melebihi daripada batasan syara’ yang sepatutnya. Berpegang-pegangan tangan, membonceng motosikal bersama-sama, berdua-duaan di tempat yang sunyi tanpa rasa segan silu dan perjumpaan tanpa ada mahram adalah aktiviti-aktiviti yang sepatutnya perlu dielakkan.

Barangkali, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat menganggap ikatan pertunangan dapat menghalalkan perbuatan seperti itu. Dalam Islam, pertunangan sebenarnya bukanlah tiket untuk menjalin hubungan intim tanpa batasan kerana pergaulan tersebut masih lagi dalam lingkungan hubungan bukan mahram. Pergaulan ini hanya dibolehkan apabila seseorang itu telah melalui proses pernikahan yang sah sahaja. Firman Allah:“Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.” (Al-Isra’:32)
Pemilihan bakal suami dan isteri juga adalah penting dalam proses membina rumahtangga muslim. Pilihlah bakal suami dan isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh pada agama sekalipun tiada harta atau kecantikan.

Sabda Rasulullah SAW:“Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya. Perempuan hamba yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik.” (Riwayat Ibn Majah)

Setelah berumahtangga pula, seseorang muslim tidak terlepas daripada tanggungjawabnya terhadap pasangan dan anak-anaknya. Kewajipan setiap pasangan adalah untuk memastikan mereka bergaul secara baik sesama sendiri. Pergaulan yang mesra akan menumbuhkan rasa kepercayaan di antara suami isteri. Rasulullah SAW sendiri telah buktikan perkara ini di dalam sabda baginda, “Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dari kamu.” (Riwayat Tirmidhi)

Rasulullah SAW sendiri sering bermesra dengan Aishah seperti lumba lari serta menolong Aishah mengerjakan kerja-kerja rumah seperti menyusun kasut. Hubungan antara suami dan isteri pula tidaklah hanya terbatas dalam hubungan syahwat sahaja. Bahkan hubungan antara suami isteri dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran, jiwa dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).

Namun, hubungan tersebut perlulah di dalam batas linkungan syarak, tidak menjatuhkan nama baik Islam atau perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.
Pada hakikatnya, hasil yang diharapkan daripada terbinanya sebuah rumahtangga muslim ialah untuk mewujudkan suatu generasi yang soleh. Inilah yang difirmankan oleh Allah: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyayang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqaan: 74)
Kejayaan di dalam perkahwinan dan membentuk suami isteri menurut sibghah (acuan) Islam banyak dapat menolong usaha-usaha mendidik anak-anak dengan tarbiyah Islamiyah yang diharapkan. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Apabila tarbiyah yang baik diterima, mereka akan menjadi generasi yang soleh dan begitulah sebaliknya jika tarbiyah yang diterima adalah kurang sempurna. Maka mereka akan tenggelam dalam arus kelalaian dunia.

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W:
“Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sejenak kita menoleh kepada realiti masyarakat yang ada pada hari ini, perkahwinan adalah salah satu langkah yang dapat membendung daripada menularnya kegiatan seks bebas, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tiada batasan, pelacuran, masalah anak luar nikah serta masalah-masalah sosial yang lain. Permasalahan sosial ini adalah rentetan daripada kegagalan manusia sendiri dalam mengawal hawa nafsunya agar tunduk kepada aturan syariat. Iman yang sepatutnya mengawal kehendak hawa nafsu dan bukan sebaliknya.

Firman Allah S.W.T:“Sesungguhnya nafsu amarah itu menyuruh kepada keburukan” (Yusuf: 53)

Islam telah datang dengan menjadikan perkahwinan yang sah sebagai jalan keluar dan saluran bagi manusia untuk menyalurkan kehendak nafsunya dan keinginannya untuk hidup berpasangan melalui jalan yang halal. Namun, ini hanya dapat direalisasikan jika perkahwinan yang dibina adalah berdasarkan niat atau tujuan yang murni, memahami konsep perkahwinan yang sebenar dan keluarga yang tunduk pada suruhan dan larangan Allah.

2. KEPENTINGAN KEBAHAGIAAN DALAM RUMAHTANGGA.
Kebahagian penting dalam menjamin keutuhan rumahtangga itu. Kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak yang lahir dari hati seseorang. Tanda kebahagiaan antaranya dapat dilihat apabila seseorang itu berasa senang, suka dan gembira melalui raut wajah dan tingkah lakunya. Nilai kebahagiaan itu tidak mungkin dapat diagihkan kepada orang lain. Hadith Rasulullah s.a.w. sangat tepat membayangkan betapa bahagia itu perlu dalam hidup setiap insan.

Diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir, Rasulullah s.a.w. bersabda:Maksudnya: “Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan, Ingatlah ia adalah hati".(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith ini jelas menerangkan bahawa kebaikan diri manusia itu terletak pada hatinya. Kalau ia baik, maka seluruh diri manusia itu akan menjadi baik. Sekiranya ia rosak yakni mempunyai penyakit-penyakit hati, maka manusia itu tidak akan dapat mengecapi nikmat kebaikan dan kebahagiaan.

Semua orang perlukan kebahagiaan hidup sama ada untuk sementara atau selamanya. Penentuan kebahagiaan berkait rapat dengan sikap, kedudukan dan fahaman seseorang terhadap kebahagiaan. Ada orang beranggapan bahawa kebahagiaan itu boleh dicapai dengan adanya harta dan wang ringgit yang banyak. Ada pula beranggapan kebahagiaan itu ialah mengenepikan hal-hal keduniaan, kemajuan dan kemewahan. Walau bagaimanapun, kebahagiaan seperti ini adalah berkisar kepada faktor kebendaan semata-mata. Apakah kebahagiaan yang sebenar?

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksud kaya hati seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah apabila hati menjadi tenteram, tenang dan merasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki. Dari hadith ini nyatalah bahawa harta benda bukan ukuran kebahagiaan seseorang, tetapi kebahagiaan itu sebenarnya terletak di hati. Dalam hal ini, hati perlu dijaga dan beri haknya, supaya lahir sifat-sifat mulia dan terpuji seperti amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya. Jelaslah bahawa dalam sesebuah rumahtangga kebahagiaan hati adalah sesuatu yang amat perlu.

Salah satu cara mendapatkan kebahagiaan hidup ialah dengan membetulkan niat dalam merancang sesuatu tindakan. Dalam hubungan ini seseorang itu hendaklah melatih hatinya supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Latihan sebegini dapat menjadikan seseorang itu bersifat positif dan optimis dalam melakukan sesuatu. Wajahnya akan kelihatan sentiasa riang dan tenang.

Satu lagi proses mendapat kebahagiaan hati ialah dengan melakukan perbuatan yang baik atau disebut sebagai amal saleh. Amal ini mestilah disertakan dengan niat yang baik. Dalam melakukan amal saleh, umat Islam disuruh sentiasa melakukan kerja-kerja baik dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak baik. Antara amal-amal saleh ialah tolong menolong, amanah, sopan santun, benci dan menjauhi maksiat, bercakap benar, penyayang dan lain-lain.

Kemuncak kebahagiaan dalam hidup seseorang ialah apabila ia telah berjaya melakukan kebaikan atau amal saleh serta menghindar segala bentuk larangan yang ditentukan oleh Islam. Ciri utama yang menjadi ukuran masyarakat bahagia ialah mereka patuh kepada suruhan Allah secara terus menerus dengan penuh khusyuk dan khudu’. Ini menepati maksud firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 1-11.
Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya".
(al-Mukminun: 1-11)

3. PERANAN IBUBAPA.
Dalam konteks membina ‘syurga’ dalam rumahtangga, kesedaran terhadap peri pentingnya ilmu pengetahuan juga sangat mustahak. Ibubapa selaku ketua keluarga mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan anak-anaknya. Bermula di peringkat bayi, malah sejak dari dalam kandungan lagi, sehinggalah mereka remaja dan seterusnya dewasa, pendidikan perlu diberikan mengikut tahap dan peringkat masing-masing. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang sedia ada seperti tadika, sekolah, maktab dan pusat pengajian tinggi seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya.

Ibubapa selaku pengemudi keluarga sewajibnya mempunyai perancangan dan usaha yang lebih bagi mempertingkatkan pengetahuan dan daya intelek di kalangan ahlinya. Di samping itu setiap ahli keluarga pula semestinya mempunyai kesedaran untuk mempertingkatkan pengetahuan dan daya pemikiran masing-masing sesuai dengan kemampuan yang ada tanpa rasa malas dan jemu. Pandangan berat Islam yang telah meletakkan pencarian ilmu itu sebagai satu kewajipan sepatutnya disedari oleh orang kerana maju atau membangunnya sesebuah keluarga itu adalah kerana ilmu pengetahuan.
Rasulullah s.a.w. menyebutkan melalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Maiah dari Anas:Maksudnya: Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menurut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.”(Riwayat Ibnu Majah)

Dari segi piawai ilmu bagi sesebuah keluarga, setiap ahli keluarga bermula dengan ibu dan bapa, mereka mestilah mengetahui ilmu-ilmu fardhu ain, iaitu berkait dengan akidah, syariah dan akhlak. Dari segi akidah, seseorang itu wajib mengetahui asas-asas kepercayaan mengenai ketuhanan, Allah Yang Maha Esa dan perkara-perkara di sekitar soal keimanan yang disimpulkan di dalam rukun iman. Dari segi ilmu syariah, mereka wajib mengetahui adab-adab serta peraturan-peraturan amal ibadat.

Manakala dalam bidang akhlak pula, mereka wajib mengetahui dan mengamalkan akhlak Islam sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran dan as-sunnah, seperti taat kepada ibu bapa, tolong menolong sesama ahli keluarga dan masyarakat, menghormati jiran tetangga dan lain-lain. Perkara-perkara ini merupakan asas yang wajib dipelajari dan dihayati oleh setiap anggota keluarga.

Di samping fardhu ain, setiap anggota keluarga juga perlu mempelajari fardhu kifayah iaitu ilmu-ilmu yang lebih bersifat kepentingan umum, yang ada kaitan langsung dengan keperluan hidup manusia seperti penyediaan bahan makanan dan barang-barang gunaan, bidang sains dan teknologi, kedoktoran, kejuruteraan, perindustrian, pembinaan tempat kediaman, penyediaan infrastruktur dan lain-lain. Pelaksanaan sebahagian daripada tuntutan agama juga terkandung sebagai fardhu kifayah, umpamanya pengurusan jenazah, sembahyang berjemaah di masjid dan lain-lain.

Ilmu-ilmu yang terkandung dalam bidang fardhu kifayah ini tidak diwajibkan kepada setiap individu tetapi memadai sekiranya ada sebilangan atau seorang sahaja di dalam kelompoknya yang mempelajari atau mengetahui ilmu tersebut. Apabila seorang sahaja mengetahuinya, pada masa itu gugurlah kefardhuannya ke atas orang lain, tetapi sekiranya tidak ada seorang pun yang mempelajari sesuatu ilmu itu, maka semua orang adalah berdosa.

Hal-hal seharian di dalam keluarga seperti percakapan, bahasa yang digunakan, tingkahlaku yang ditunjukkan dan pergaulan yang diwujudkan semestinya dalam piawai ilmu dan intelek yang tinggi yang dibentuk dalam suasana harmoni. Nilai-nilai intelek yang rendah seperti melebih-lebihkan perbicaraan tentang hiburan, cakap-cakap kosong, membanyakkan kegiatan yang tidak berfaedah dan lain-lain urusan yang membazir serta tidak bermanfaat hendaklah dihindarkan. Kesedaran hendaklah ditanamkan di dalam keluarga bahawa orang-orang yang berilmu serta berakhlak mulia tidak akan melakukan perkara-perkara seperti itu. Akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia menunjukkan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia dan kurniaan itu mestilah dipelihara.

Setiap ahli keluarga mestilah menyedari bahawa orang-orang yang berilmu pengetahuan sememangnya tidak sama dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan. Orang-orang yang berilmu selain mendapat kemuliaan daripada Allah S.W.T. mereka adalah orang-orang yang menjadi harapan kepada sesuatu keluarga, kelompok masyarakat dan seterusnya negara. Merekalah menjadi pembimbing, pentadbir, pemimpin, pelindung dan tempat rujukan orang awam. Kalaulah sesuatu keluarga atau masyarakat atau bangsa itu tidak mempunyai orang-orang yang berilmu maka kedudukan mereka akan menjadi pincang dan tidak maju.

Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan adalah satu perkara yang sangat penting dalam membentuk kehidupan yang bahagia dalam rumahtangga. Maka sebab itulah ia menjadi satu perintah yang wajib bagi setiap orang mencarinya. Saiyyidina Ali r.a. pernah berpesan:“Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan adalah lebih baik daripada harta benda, sebab ilmu pengetahuan dapat menjaga dirimu, sedangkan harta benda engkaulah yang harus menjaganya. Ilmu pengetahuan adalah pihak yang berkuasa, sedangkan harta benda adalah pihak yang dikuasai. Harta benda akan berkurangan jika dibelanjakan, sedangkan ilmu pengetahuan akan bertambah-tambah jika diberikan kepada orang lain.”

4. KAEDAH-KAEDAH DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA.
Beberapa perkara lain yang boleh membantu kita membentuk keluarga bahagia ialah melalui sembahyang berjemaah dalam keluarga, membaca al-quran bersama, membaca buku agama beramai-ramai, makan bersama sekeluarga, memberi salam semasa masuk atau meninggalkan rumah, minta keizinan masuk bilik, mengekalkan kedamaian dan kerukunan rumahtangga, mengukuh dan menjaga ekonomi rumahtangga, mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumahtangga, berkomunikasi secara baik, mewujudkan pergaulan suami isteri yang baik, mewujudkan hubungan baik ibu bapa dengan anak, mewujudkan hubungan baik anak dengan ibu bapa dan memupuk kasih sayang dan toleransi dalam keluarga.



5. PENTINGNYA DIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK.
Peranan ibubapa dalam membentuk keluarga amat penting. Didikan kepada anak-anak perlulah sentiasa dititikberatkan. Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab mengapa anak-anak kita bersifat degil atau lebih dahsyat lagi derhaka. Faktor-faktor ini adalah akibat kegagalan ibu bapa menunaikan amanah Allah SWT dalam membentuk keperibadian anak.

Faktor pertama ialah balasan. Sebenarnya risiko yang kita terima sekarang ini adalah balasan kepada sikap dan sifat kita terhadap ibu bapa kita semasa kita kecil dahulu. Sudah tentu ibu bapa kita semasa kecilnya juga bersifat seperti kita (degil/derhaka). Kesalahan ini kait mengait antara kita dan ibu bapa kita sebagai balasan Allah SWT. Ini ditambah dengan keingkaran anak menurut kata, juga kesalahan ibu bapa tidak melaksanakan tanggung jawab (amanah Allah SWT) mendidik anak mengikut kehendak Allah SWT.

Jadi kesalahan anak ialah kerana gagal berbuat baik kepada ibu bapa, manakala ibu bapa pula gagal membentuk mereka menjadi anak yang mengikut kebaikan. Anak-anak sepatutnya berbuat baik kepada ibu bapa seperti mana ibu bapa berbuat baik kepada mereka, mudah-mudahan anak-anak mereka (cucu-cicit ) nanti berbuat baik kepada mereka sebagai balasan kepada perbuatan baik mereka.

Kalau sebaliknya maka sebaliknyalah pula yang bakal kita terima. Ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu". Berbuat baik di sini meliputi segala aspek kehidupan dan juga tuntutan agama Islam itu sendiri. Ini bermakna tidak timbul anak derhaka akibat (balasan) dari ibu bapa yang derhaka kepada ibu bapa mereka dahulu, seandainya masing-masing mahu berbuat baik .

Faktor kedua ialah kecuaian atau kegagalan mendidik. Anak kita menjadi degil atau derhaka adalah disebabkan oleh kecuaian atau kegagalan kita sebagai ibu bapa mendidik mereka mengikut lunas-lunas yang disarankan oleh agama.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang Bermaksud : "Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat (sembahyang) ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan) ketika mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (dari ibu bapa dan juga dari adik beradik mereka yang berlainan jenis/jantina)”. Rasulullah SAW menegaskan betapa peri pentingnya ibadat solat didirikan, sehingga Baginda menyuruh kita mengarahkan anak-anak kita melakukan solat itu semasa mereka baru berumur tujuh tahun. Suruhan itu begitu tegas sekali apabila Baginda menyuruh kita menggunakan rotan tatkala anak yang berumur sepuluh tahun enggan mendirikannya.

Seterusnya ialah solat. Kenapa solat atau sembahyang pula dikaitkan dengan agenda mentarbiah generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat? Sebagai menjawab pertanyaan ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Solat/sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, sesiapa yang meninggalkannya sesungguhnya ia meruntuhkan agama".
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-'Ankabuut ayat : 45 yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya sembahyang itu (boleh) mencegah (orang yang mendirikannya)
dari (melakukan) perkara yang keji dan mungkar (jahat)".

Kedua-dua NAS yang tersebut sudah cukup untuk membuktikan betapa solat atau sembahyang itu satu perkara yang amat penting dalam arus pendidikan anak-anak ke arah melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, pewaris kecemerlangan dunia dan akhirat. Kerana orang yang taat melaksanakan solat itu sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT. Terpelihara dari dosa, maksiat dan kemungkaran. Bahkan mereka sentiasa berada di bawah pimpinan Allah SWT kepada sifat taat, taat kepada ibu bapa, guru, juga kepada Allah SWT dan RasulNya SAW, serta sifat-sifat terpuji seperti sabar, rajin, tekun dan sebagainya.

6. ROTAN DAN PENGGUNAANYA.
Selain itu, menggunakan rotan dalam kaedah pendidikan Islam adalah satu cara psikologi yang paling berkesan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW seperti hadis yang baru kita ikuti tadi, dan disokong oleh sebuah hadis lagi yang bermaksud :"Allah SWT memberkati rumah yang di dalamnya ada digantung rotan". Rotan bukan digunakan untuk mendera anak, tetapi fungsinya yang sebenar ialah untuk tujuan pendidikan. Kalau kita memukul anak yang enggan mendirikan sembahyang sedang ia telah berumur sepuluh tahun, apatah lagi yang telah 'Aqil Baligh mestilah dengan cara dan kaedah yang betul yang benar-benar bertujuan untuk mendidik, bukan mendera atau menyeksa anak.

Perbuatan merotan yang didorong oleh niat yang ikhlas kerana menjalankan perintah Rasulallah SAW itu boleh menghalau syaitan yang bersarang dalam jiwa anak-anak kita. Tetapi merotan anak dengan sesuka hati dan tujuan mendera, hanya akan menyebabkan anak kita menjadi konco-konco syaitan yang menanamkan sifat dendam, benci, marah dan sebagainya.

Kalau kita telah berjaya membentuk anak-anak kita mengikut acuan cemerlang seperti yang kita kehendaki sesuai dengan tuntutan agama yang disarankan oleh orang yang tidak akan bercakap kecuali yang diwahyukan kepadanya iaitu Nabi Muhammad SAW. Kita tidak harus bergoyang kaki atau berpuas hati. Ini adalah kerana anak kita sudah tentu akan terjun ke medan juang yang sudah tentu situasinya lebih mencabar.

Bukan sahaja mencabar kewibawaan ilmu pengetahuannya tetapi yang amat dikhuatiri ialah gejala yang boleh memesongkan akhlaknya lebih tepat lagi imannya. Berjuang ditengah-tengah mesyarakat walau apapun arena yang diceburinya, sudah tentu bergelut dengan berbagai ragam manusia itu sendiri. Apa yang paling merbahaya ialah pengaruh persekitaran dan rakan sebaya yang rata-rata menjurus ke arah ledakan budaya negatif, yang bukan sahaja melambai-lambai bahkan kadang-kala mengheretnya secara paksa.
Oleh itu kita sebagai ibubapa tidak harus lalai dan leka dari terus memberi tumpuan perhatian terhadap segala aktiviti yang diceburi serta terus meneliti perkembangan anak kita dari masa kesemasa. Jangan biarkan mereka tergelencir, lalu hanyut dibawa arus nafsu dan syahwat yang dikemudikan oleh syaitan yang durjana. Kita mestilah terus membuat tindakan susulan yang berkesinambungan dari masa kesemasa, tanpa mengenal jemu dan bosan, pendek kata tiada istilah 'pencen' bagi ibubapa selagi mereka masih menghirup udara Tuhan.

Ibubapa hanya akan 'pencen' dan menerima ganjaran dari 'pencen' tersebut apabila telah kembali 'kerahmatullah'. Ibubapa akan menerima ganjaran yang setimpal dengan tugas serta tanggungjawab yang telah mereka laksanakan di dunia. Di dalam 'barzakh' (alam kubur) mereka akan sentiasa menerima 'dividen' dan 'bonus' yang diperolehi dari kiriman yang berterusan dari seorang anak yang 'soleh'. Ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Jika mati anak Adam terputuslah segala amalannya (pahalanya) kecuali dari tiga perkara; Sedekah 'Jariah', ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya".

Untuk melihat sesuatu hasil, sudah tentu perlu kepada usaha yang berterusan yang tidak mengenal penat lelah, bahkan usaha itu dilakukan adalah semata-mata ikhlas kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Usaha ke arah melahirkan anak yang soleh adalah tanggungjawab ibubapa sebagai amanah dari Allah SWT. Oleh kerana ganjaran yang bakal diterima di alam 'barzakh' (kubur) begitu lumayan sekali, maka usaha untuk melahirkan anak yang soleh itu sudah tentu berat, rumit dan sukar sekali sesuai dengan ganjaran yang bakal diterima.

Kesimpulannya, kebahagiaan sesebuah keluarga Islam adalah bergantung kepada peneraju keluarga berkenaan. Keluarga bahagia hanya dapat dibentuk selagi keluarga itu berpegang kepada al-quran dan as-sunnah dalam pembentukan dan pengekalan kebahagiaannya.

CINTAI RASULULLAH S.A.W

Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w itu merupakan contoh yang baik serta model utama bagi seluruh alam ini, pimpinan dan sistem yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w itu bukan rekaan menurut hawa nafsu tetapi mendapat pertunjuk Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :-
“ dan tiadalah yang diucapkan itu (al Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya) “ (Surah an Najm : 3-4)

Banyak ayat-ayat al Quran al Karim yang memerintahkan kita dan para Mu’minin agar mematuhi dan mentaati Rasulullah s.a.w , sebagai natijah daripada ikrar ketaatan kita kepada baginda. Antara firman-firman Allah s.w.t :-
“ Katakanlah : Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “(Surah ali ‘Imran : 31)

“ Barangsiapa yuang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. “(Surah an Nisaa’ : 80)

“Apa sahaja harta rampasan (fa-I) yang diberikan Allah kepada Rasul Nya yang berasas dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman Nya.“ (Surah al Hasyr : 7)

.Begitu juga kita, orang Mu’min , diwajibkan menghormati Rasulullah s.a.w seperti yang diisyaratkan olah Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim :
“ Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. “ (Surah an Nuur : 63)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah , mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertaqwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.“ (Surah al Hujuraat : 1-3)

Menghormati Rasulullah s.a.w bukan sahaja semasa ada hayat baginda, bahkan selepas wafat baginda juga kita mesti bersopan dengan Rasulullah s.a.w. Kerana itu dikala mana kita membaca atau mendengar hadith-hadith Rasulullah s.a.w, kita wajib meyakini hadith atau sunnah tersebut. Kita dikehendaki mendengar dengan cara bersungguh-sungguh, penuh perhatian, penuh kefahaman serta bersedia untuk mengamalkan dan melaksanakannya sepertimana arahan-arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Hendaklah kita menyedari bahawa al Quran al Karim dan as Sunnah Rasulullah s.a.w itu mempunyai peranan untuk mengawal, menjaga, memelihara fitrah, kesucian manusia ciptaan Allah s.w.t.. Oleh itu kita wajib membimbing dan mendidik fitrah kita supaya tetap dalam keadaan suci dan bersih (Fitrah Salimah). Caranya ialah dididik dan disirami dengan ajaran al Quran al Karim dan dibajai dengan as Sunnah an Nabawiyyah Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t :-
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.“(Surah al Ahzab : 21)

Mencintai Rasulullah melebihi daripada cinta kepada semua makhluk merupakan kewajiban setiap insan. Buah cinta itu sangatlah agung dan besar yang akan dapat dipetik di dunia dan akhirat, tetapi dalam kenyataannya banyak kita temui kekeliruan dalam memahami cinta kepada Rasulullah dengan pemahaman yang sangat sempit. Maka penjelasan hakikat cinta Rasul secara jelas dan benar merupakan cara terbaik untuk meluruskan kekeliruan sebahagian orang muslim dalam membuktikan kecintaannya kepada baginda.

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada ummat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegaknya tamadun ketika itu telah hancur.
“Tamadun adalah umpama suatu pohon rendang yang bayang-bayngnya meliputi seluruh dunia; sekarang ia telah terhoyong hayang, dimakan reput hingga ke akar umbinya. Dan di tengah-tengah kerosakan yang sebegitu meluas lahirlah seorang insan yang bakal menyatukan seluruh alam” ( sumber : Emotion as the Basic of Civilization; oleh J.H Denison. )

Ketika kemanusiaan sedang mula menghilang, Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkannya dari kegelapan kepada cahaya. Firman Allah SWT; Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliyyah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Baginda mengembalikan kepada mereka kesenangan hidup yang sebenarnya.
Firman Allah SWT; “...yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban beban dan belengu yang ada pada mereka”

Berikut ini ada beberapa hal yang berhubungan dengan kecintaan kita kepada Rasulullah saw.
a. Wajib mencintai Nabi SAW melebihi cintanya kepada diri sendiri.
Baginda pernah bersabda ;-
Bermaksud : “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga ia menjadikan aku lebih dicintai dari dirinya, anaknya, hartanya dan manusia seluruhnya“
Menurut hadith ini ternyata bahawa cinta yang sebenarnya terletak kepada keikhlasan mematuhi apa yang disukai oleh Rasulullah s.a.w dan mematuhi apa yang tidak disukai oleh baginda.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Hisyam ra. bahwa dia berkata:
Kami pernah bersama Nabi SAW sementara beliau menggandeng tangan Umar bin Khatthab ra, maka Umar berkata kepada beliau: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku. Maka Nabi bersabda: Tidak, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya! Hingga kamu lebih mencintai aku dari pada dirimu sendiri. Umar berkata kepadanya: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai dari pada diriku sendiri. Nabi bersabda:
“Sekarang wahai Umar.”(H.R Bukhari)

b. Wajib mencintai Nabi melebihi cintanya kepada orang tua dan anak.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Demi dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai dari pada orang tua dan anaknya.(H.R Bukhari)

c. Wajib mencintai Nabi melebihi cintanya kepada keluarga, harta dan seluruh manusia.
Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih dicintai kepadanya dari pada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia. (H.R Bukhari)
Firman Allah
Katakanlah: "jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At Taubah 24).
Imam Al Hafidz Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: Apabila semua perkara dan urusan di atas lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah maka tunggulah datangnya bencana dan adzab dari Allah yang akan menimpa kalian. (Mukhtashar Ibnu katsir-Syekh Nasib Ar Rifa'I)

Bagi yang mencintai Rasulullah mereka akan mendapatkan hasilnya baik didunia maupun diakhirat,di antaranya adalah ;

1. Cinta kepada Nabi boleh mendatangkan manisnya iman.
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Nabi bersabda:
Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya maka ia akan mendapatkan manisnya iman; bahwa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selainnya , bahwa ia mencintai seseorang dan tidak mencintai kecuali hanya karena Allah, dan ia benci kembali kepada kekafiran seperti kebencian dia bila dilemparkan ke dalam api.(Muttafaqun alaih)
Erti manisnya iman sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama adalah merasakan lazatnya segala ketaatan dan sedia menderita kerana agama serta mengutamakan itu daripada seluruh material dunia.
(Fathul Bari 1/61)

2. Orang yang mencintai Nabi SAW akan tinggal bersamanya di akhirat.
Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik ra bahwa ia berkata:
Pernah seorang laki-laki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Rasulullah kapan hari kiamat datang? Beliau bersabda: Apa yang kamu persiapkan untuknya? Ia menjawab: cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul-Nya. Beliau bersabda: Engkau akan bersama orang yang kamu cintai. Anas berkata: Kami tidak bergembira setelah masuk Islam lebih daripada mendengar sabda beliau: Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai.

Anas ra.berkata: Saya mencintai Allah, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar dengan harapan saya dapat berkumpul bersama mereka walaupun saya tidak beramal seperti mereka.
Tanda-tanda mencintai Nabi adalah yang dinyatakan Al Qadhi 'Iyadh: Termasuk tanda mencintai Nabi adalah membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia akan mengerahkan jiwa dan harta kekayaannya.
(Syarkh Sahih Muslim -Nawawi)

Ibnu Hajar berkata: Termasuk tanda cinta kepada Nabi di atas adalah bahwa seandainya disuruh memilih di antara kehilangan dunia atau Rasulullah SAW kalau itu memungkinkan, maka ia lebih memilih kehilangan dunia daripada kehilangan kesempatan untuk melihat beliau, ia merasa lebih berat kehilangan Rasul daripada kehilangan kenikmatan dunia, maka orang yang seperti itu telah mendapat sifat kecintaan di atas dan siapa yang tidak bisa demikian maka tidak berhak mendapat bagian dari buah cinta itu. Yang demikian itu tidak hanya terbatas pada persoalan cinta belaka, bahkan membela sunnah dan menegakkan syariat serta melawan para penentang-penentangnya termasuk amar ma'ruf dan nahi mungkar. (Fathul Bari).

JODOH

untuk tatapan kita bersama...
Renungkanlahsedalam-dalamnya. .ccccc..

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia ju ga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "




`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`