Tuesday, November 17, 2009

MALAIKATMU

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan
lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup
bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara
kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan
dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara
berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal
tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku
akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari
Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika
saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat
tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah
satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu
dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"

Saturday, November 7, 2009

SUARA DIDENGAR MAYAT

Suara Yang Didengar Mayat
27Oct2007 Filed under: Perkongsian Maklumat, Keagamaan Author: AfzaiAfandi

Salam penuh kemesraan buat rakan2 dan semua tetamu.

Post untuk kali ini, aku ambil daripada email yang telah aku terima daripada seseorang. Kiranya apa yang aku postkan ini lebih kepada perkongsian ilmu kerana inilah salah satu cabang kita dalam menyampaikan dakwah islamiah. Sentiasa berpesan2 dengan kebenaran supaya kita sentiasa menjadi umatnya yang taat dan patuh atas segala apa yang telah diperintahkan dari dulu, kini dan selamanya….bunyi macam UMNO jer :)

Apa yang dapat kongsikan di sini adalah berkenaan dengan kematian. Kematian yang sentiasa mengejar kita. Kematian telah ditetapkan kepada kita dan ianya adalah satu kepastian, takkan berganjak walau sesaat sekalipun. Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan apa yg aku paparkan disini…

Sebelum itu, Alhamdulillah kerana anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca post ini. Aktiviti seharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

Sebagaimana yang semua maklum, apabila mati jer anak Adam, maka hanya 3 perkara yang akan mengiringi kita:

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad…Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.”
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan…

Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara”


Ketika Mayat Siap Dikafan…Suara Dari Langit Terdengar Memekik,”Wahai Fulan Anak Si Fulan

Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan…

Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.”
Ketika MayatDiusung. … Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.”

Ketika Mayat Siap Dishalatkan….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.”
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat….terdengar Suara Memekik Dari Langit,”Wahai Fulan Anak Si Fulan…

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan…

Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.”

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… .Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku…. .

Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
Padahal, Kerana Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,….
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, “Wahai Jiwa Yang Tenang

Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku”
Anda Ingin Beramal Soleh…?

Sampaikan Kepada Rakan2 Muslim Lainnya Yang Anda Kenal…!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan, saudara ngko orang. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari menuju kearah kebaikan.

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….

Salam Hormat

AfzaiAfandi

Sunday, November 1, 2009

TARIKH LAHIR ISLAM

Tarikh lahir Islam ; Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam

* Rabu, September 13, 2006 – 5:05 am
* Dikirim dalam Panduan
* Tagged HariBulanTahun, Tafsiran & Horoscope

http://www.islam.com/islamicdates.asp

klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan islam….

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Saturday, October 24, 2009

PERKAITAN (KEBETULAN?) WAKTU GEMPA BUMI DG AYAT AL-QURAN‏

waktu (jam) semasa gempa bumi yang berlaku di indonesia adalah spt berikut;

17:16 (di padang)
17:58 (di padang)
08:52 (di jambi pd hari berikutnya)

mari kita perhatikan pula makna ayat-ayat al-Quran yg sama dg waktu berlakunya gempa iaitu;

17:16 (surah al-Isra' ayat 16)
17:58 (surah al-Isra' ayat 58)
8:52 (surah al-Anfal ayat 52)

terjemahan ayat;

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
(surah al-Isra' ayat 16)

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).
(surah al-Isra' ayat 58)

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
(surah al-Anfal ayat 52)

masyaAllah, semua berkisar ttg kemusnahan negeri & org2 yg kufur & berpaling dari ayat2 Allah spt manusia di zaman nabi Nuh & juga firaun di zaman nabi Musa. Mari kita renungkan bersama.

WANITA DAN KUBUR

MENGENAI WANITA & KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada �Rasulullah akan hal �tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang �yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya �1,000 kejahatan.

3.. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak �bersalin, maka Allah �mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. � �

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara �anaknya yang �sakit, maka Allah memberinya pahala seperti �memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan � orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari �pasar ke rumah) lalu �diberikan kepada keluarganya, maka �pahalanya seperti � �bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun). � �

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa �bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, �masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. � �

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih �besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, � 'Suaminya. 'Siapa pula �berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang �ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup � � � pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. �
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga. �

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau �tiga saudara � perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia � bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan � penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu � ! � daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah �sebenarnya yang � membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu �sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!! �
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu �membaca �Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, �
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya. �

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya; �

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya. � �

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya. �

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya. �

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya. �

Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Yang Lain. �

HUKUMAN PENJARA DAN SEBATAN MANDATORI KEPADA PENIPU LOGO HALAL‏

Assalamualaikum wbt

Kita masih lagi di dalam mood raya kerana Syawal masih muda. Saban hari ada saja yang menganjurkan rumah terbuka hingga tak menang masa untuk menghadirinya. Bagi yang menganjurkan rumah terbuka pastinya mereka tidak lupa untuk memastikan barangan yang dibeli mempunyai logo HALAL namun adakah ianya benar-benar HALAL . Tahukah anda bahawa terdapat produk yang ada logo HALAL tetapi sebenarnya HARAM . Pengusaha dan peniaga yang tamak dan haloba dengan sewenangnya meletakkan logo HALAL pada produk mereka yang mengandungi organ BABI . Sampai bila kita mahu diperlekehkan sedemikian.

Ayuh sertai pungutan suara kami!

Hapuskan penindasan terhadap umat Islam, semoga usaha kita diberkati ALLAH dan membawa kepada kemakmuran UMMAH .
HUKUMAN PENJARA DAN SEBAT MANDATORI KEPADA PENIPU LOGO HALAL?
Wajar atau tidak.
Pilihan di tangan anda.

Keputusan undian akan dihantar kepada MENTERI di Jabatan Perdana Menteri.

Sila panjangkan emel ini kepada kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai kerana kita mensasarkan 1 JUTA (1, 000 000) koresponden bagi mendapatkan impak yang optima.

Klik sini untuk mengundi.

http://www.dunyahalal.com/index.php?id=450&mnu=450

PENTING!!

salam...bacer nie.......Semalam....siaran RTM ....di Negeri Pahang.... tergempar ....ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya......... ? salam...........kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain...Amanah!! Wallahualam...

SOTONG KERING VS CANCER






GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi
jika dimasak sebagai sambal.


Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin
ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik
jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik
dan baja fosfat.


"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu
dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya,
S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.


Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti
tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar
yang lebih rendah.


"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong
kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.


CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel
sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium
serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.



Wednesday, September 9, 2009

Konspirasi Selsema Babi Terbongkar!‏

Konspirasi Selsema Babi Terbongkar!
June 27th, 2009 ·

oleh Ibnuyaacob

Error! Filename not specified.

Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.

Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.

Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan.. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.

Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?

Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)
May 1st, 2009 ·

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz , Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York , Kanada, New Orleans dan Israel .

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico , laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Fludari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Error! Filename not specified.Error! Filename not specified.

(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller , New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens ..

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahuibahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia.. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Error! Filename not specified.Error! Filename not specified.Error! Filename not specified.

(Kiri) Franklin Roosevelt, Presiden Amerika 1933-1945 (Tengah) David Icke, Penyiasat Konspirasi. (Kanan) Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger..

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu.. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

* Biodefense Medical Research and Developmentmenerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
* Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
* 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”



Error! Filename not specified.

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema

Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;

“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defenseatau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;

“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.

Error! Filename not specified.Error! Filename not specified.

(Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad

Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui.. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?

Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologidi Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel

Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York . Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.

Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel , David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.

Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

Error! Filename not specified.

(Gambar) David Ben Gurion

Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan- penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann..

Error! Filename not specified.Error! Filename not specified.

(Kiri) Logo IIBR (Kanan) Bangunan IIBR di Ness Ziona , Israel .

Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel

Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel .

Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union . Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.



Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel .

Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan

Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;

“ Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.

Wallahu’alam …

Kalo Tuhan tu baik,kenapa buat neraka?‏

Kalo Tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek
pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang
melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang
dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka
akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam
setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para
pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan
nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak
mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang
gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya
Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka
dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai
PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf
dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas
dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,
takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam
neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,
tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat
neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha
Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai
tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau
dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel,
ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi
ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,
atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak
ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang
baik,
orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua
orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh
dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di
syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita
nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut
si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha
Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk
menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan
juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji
kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka
bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya
dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat
bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita
jugak. Assalamu'alaikum. "

Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'‏

Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'

Oleh ZIEMAN

Keluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri akan senantiasa dikenang -foto blog
Ustaz Asri

BELASUNGKAWA

USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian
mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22
Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah
seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila
menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.

Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara
Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.

Kumpulan nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd.
Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz,
Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul
Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep tersendiri

Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani. blogspot. com) setiap
patah perkataan bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi
ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik,
abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat
mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa
syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati
syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia
paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga,
masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan
sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita
lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran
alunannya sudah begitu sebati dengan kita..

Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai
wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa
kehilangan.

Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah
antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman
sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."

TINGGAL KENANGAN...Saat- saat bahagia bersama anak-anak

Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara
sembilan anggota Rabbani.

Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi
pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.

Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering
berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi
jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "

Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia
akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan
tetap berpesan agar buat kebaikan.

Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai
13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam
orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd
Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media
program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira
pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30
pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital
Pantai, Bangsar.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong,
di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini
selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang
dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

KUMPULAN RABBANI

Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang
Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan
komuniti kepada kebaikan".

Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan,
imej dan persembahan.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah
banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada
Rabbani.

Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad
Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar
Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri kerana konsep
yang berbeza.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik
dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah
mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan
bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan
digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.

Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan
menampilkan world muzik.

Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu
yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka
terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta
nama dalam bidang perniagaan.

PENGHASILAN ALBUM

Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:

Arwah bersama ibu tersayang

1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya
Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995) Pergi
Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman 20019) Qiblat
200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla Beena 200413) Suara
Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 200615) Ramadhan Syawal
200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H 200718) Rabbani 1418-1428H
(VCD&VCD Karaoke) 2008

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan Terbaik
Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 - Iqrar-14214. Album
Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid Terbaik 2003 - Qiblat

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023. Penyanyi
Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi Nasyid Popular
20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2.. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal
Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo
Terbaik 2006

RINTIHAN ZIKRULLAH

Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir adalah
penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.

Justeru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang
menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan.

Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara
IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan
pengalaman hidupnya.

Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah
ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.

"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir
itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.

Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih
kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati,
Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjak
kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap
detik kejayaannya bersama anggota yang lain.

Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan..

Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah
S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----
----- --------- --------- --------

video klip detik-detik terakhir sebelum Ustaz Asri Rabbani meninggal
dunia…
Bismillah

Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarahi jenazah Ustaz Asri, untuk kali
terakhir. Walau terpaksa ponteng final touch untuk ke Kampung Orang Asli
Teji & Abu esok. Walau tidak sempat untuk menatap wajahnya untuk kali
terakhir, namun saya bersyukur, sempat juga saya menghadiri pengkebumian
beliau.

Tiba saja saya di Tanah Perkuburan seksyen 21, Shah Alam, sejurus selepas
Isya’, ternampak kelibat orang ramai. Masya Allah, orang ramai
menghadiri majlis pengkebumian beliau.

Setibanya di tanah perkuburan, jenazah sudah siap dikebumikan, dan doa baru
dibacakan.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Ustaz Asri, dan dosa-dosa kami.

Sebak melihat isteri beliau dan anak-anak yang masih berpakaian sekolah.
Usai bacaan doa, sedikit ucapan dari seseorang yang saya tidak kenali.
Kemudian, Azadan menarik nafas dalam-dalam, menyambung ucapan, berterima
kasih. Kelihatan beberapa anggota Rabbani yang lain. Menahan sebak didada..

Takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga beliau, serta para anggota
Rabbani yang lain. Yang pergi tetap pergi, pergi meneruskan hidup dialam
yang satu lagi.

Usai bersalaman dengan isteri arwah, saya merenung anak-anaknya dari
kejauhan. Muadz kelihatan memeluk seorang dari anaknya

Dari satu blog yang saya baca, mengenai Ustaz Asri:

” Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain
putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya
membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya,
saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan
kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya
cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya,
mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya
ucapakan lagi padanya:-

“Sahabat, selamat berehat”.

Dikatakan, sebelum beliau meninggal, beliau sempta meminta senaskhah al-
Quran. MasyaAllah!

Dan di blog Abg Razin MESTICA juga.

Terima kasih kepada yang memandu arah, Abai Hijjaz yang ketika itu berada di
Kelantan dan juga Muaz HME.

Di antara yang saya temui, Abg Razin Mestica, Inteam [Salah seorang dari
mereka kelihatan menitiskan air mata ketika jenazah selamat dikebumikan] ,
dan ramai lagi, datang untuk pertemuan terakhir di dunia dengan Ustaz Asri.

Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah SWT.. Ameen~ Ustaz, terima kasih
atas segalanya.

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat
mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa
syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati
syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia
paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga,
masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan
sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…

~Ustaz Asri Rabbani.. Dalam ingatan~

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----
----- --------- --------- --------- -

Vokalis utama Rabbani meninggal
KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (atas),
meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat
sakit jantung, pagi semalam.

Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program
Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar
ke PMC untuk rawatan.

Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang,
Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi
tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah,
namun dia tetap menyertai raptai itu,” katanya ketika ditemui di PMC.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd
Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah
Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam
selepas Maghrib, semalam.

Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota terdiri
daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman
Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob, Mohd Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan
Affendi Shahabudin.

Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah Pergi Tak
Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di Ambang Syawal,
Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet dengan Amy Search
menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah
Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata ketika
kejadian beliau dalam perjalanan dari pejabatnya ke auditorium untuk
menghadiri pelancaran program Syahadah yang akan disiarkan di RTM sempena
Ramadan ini.

“Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai mengusung beliau untuk
dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan Asri meninggal
dunia.

“Majlis diteruskan, tetapi tanpa persembahan perasmian, sebaliknya
memainkan lagu tema program Syahadah menerusi cakera padat,” katanya.

Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi Ismail, berkata
beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh sebelum program bermula.

“Kira-kira jam 10.30 pagi Asri masuk studio. Asri memegang mikrofon,
tetapi beberapa saat sebelum program bermula Allahyarham rebah ke
lantai,” katanya.

Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris menganggap
Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula mengenalinya sebelum kemunculan
kumpulan nasyid kontemporari lain.

“Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan sendiri cuba
meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah sebagai pahlawan dan
ikon nasyid,” katanya.

Asri Rabbani meninggal dunia

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA dan METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan. com.my

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd. Asri
Ibrahim, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 pagi selepas tidak
sedarkan diri di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri hari ini.

Allahyarham bersama kumpulannya sepatutnya menyanyikan lagu tema sempena
pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan RTM.

Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah kira-kira pukul 10 pagi
ketika membuat latihan nyanyian lagu tema tersebut bersama anggota Rabbani
lalu dikejarkan ke Hospital Pantai, Bangsar sebelum disahkan meninggal dunia
akibat serangan jantung.

Allahyarham dikebumikan malam tadi selepas Maghrib di tanah perkuburan Islam
Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibunya, Rubiah Ehsan, 70-an
di Jalan Ikan Kelisa, Kampung Bukit Lanchong untuk disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, serta enam anak
iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10;
Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.

Menurut isterinya yang juga dikenali sebagai Noor Janah, dia dan anak-anak
serta keluarga reda dengan pemergian Allahyarham meskipun berat di hati
menerima takdir tersebut.

Menceritakan detik-detik sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir,
Noor Janah berkata, malam tadi, Allahyarham mengajaknya makan malam berdua
di luar.

''Allahyarham menyuruh saya memesan apa sahaja makanan yang saya mahu.
Pulang sahaja ke rumah, kami terus menonton televisyen berdua.

''Pagi ini, dia mengadu pening kepala dan badannya berpeluh-peluh. Tetapi,
dia gagahkan juga ke pejabat.

''Sebelum dia ke RTM untuk rakaman program Syahadah , saya sempat melihat
wajahnya, salam dan cium tangannya. Cuma saya tidak sempat untuk memeluknya
dengan erat seperti kebiasaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Kampung
Bukit Lanchong, Shah Alam.

Haliza memberitahu, soal dirinya dan anak-anak selepas ini, dia bersyukur
kerana semuanya telah terlatih untuk hidup berdikari.

''Allahyarham banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah dan nasyid.

''Tahun ini, dua anak kami akan menjalani peperiksaan penting iaitu
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Insya-Allah kami akan tabah jalani hidup selepas ini," jelasnya.

Sementara itu, seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah ketika ditemui
memberitahu, sebelum memulakan latihan, Allahyarham batuk dan wajahnya pucat.

''Bagi meredakan batuk, Allahyarham sempat minum air limau dan madu.
Bagaimanapun, Allahyarham muntah-muntah sebelum bertolak ke Angkasapuri.

''Walaupun kurang sihat, Allahyarham tetap mahu meneruskan latihan,''
katanya ketika ditemui di Hospital Pantai.

Selain anggota Rabbani, pekarangan Hospital Pantai dipenuhi hampir 100
kenalan dan keluarga terdekat Allahyarham termasuk Nash, Yasin Sulaiman, Amy
Search, Mas Omar, Nazrey Johani, Ramli MS, Ali Mamak, Hafiz Hamidun, Ina
Naim dan suaminya, Suhaimi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang ditemui
di Hospital Pantai memberitahu, ketika kejadian, dia melihat pelbagai usaha
telah dilakukan oleh anggota Rabbani bagi menyelamatkan Allahyarham.

Katanya, biarpun keadaan cemas, pelancaran program Syahadah tetap diteruskan.

''Secara peribadi, saya sifatkan ini sebagai satu kehilangan besar buat
industri nasyid kontemporari. Memang sukar mencari bakat sepertinya,' ' kata
Ibrahim.

Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor memulakan
penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997. Sebelum Rabbani,
kumpulan tersebut dikenali sebagai kumpulan Nada Murni.

Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, Rabbani telah menghasilkan
sebanyak 19 buah album termasuk ARAH (1998), Muhammad Ya Habibi (1999),
Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Iqrar - 1421 (2001), Yalla Beena
(2004) dan Nostalgia Nada Murni (2008).

Bersama Rabbani, pelbagai kejayaan diperoleh oleh Allahyarham antaranya
memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 bagi kategori Album Nasyid
Terbaik, Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album, Album Terbaik 2001
kesemuanya menerusi album Iqrar - 1421 .

Khamis Ogos 13, 2009

Jenazah Ustaz Asri Rabbani selamat dikebumikan

Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL ADZRIN

Jenazah Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari ini di Tanah
Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam
ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung
Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan
meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung
ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan
terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah
jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di
Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan
artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga
arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis
sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel
Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang
bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana
sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang
bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak
itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang
untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani
yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu
lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat
persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba
nanti. -foto The Star

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel
Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan
di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja,
banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak
iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10,
Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi
pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan
sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal
seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'
nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah
banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada
Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai
Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan
tahun berturut-turut.

Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM)
seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik
Dalam Album 2001 (Iqrar-1421) , Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421) , Album
Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta
Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik
2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri
hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada
landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan
KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan
objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad
Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar
Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah
menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…'
(1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004)
dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik
dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut
citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan
digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang
muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan
menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke
semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan
negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling
utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu
berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan..

Menerusi AIM juga, Rabbani pernah memenangi Album Nasyid Terbaik 2002 (
Intifada ), Album Nasyid Terbaik 2003 ( Qiblat ) serta Album Nasyid Terbaik
2009 ( Nostalgia Nada Murni ) serta Lagu Nasyid terbaik 2009 ( Bila Nur
Melimpah Di Hati ).

Rabbani juga pernah memenangi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali di
Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian .

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----

http://www.. malaysia kini.com/ news/110443
Asri Rabbani 'pergi tak kembali'

Salhan K Ahmad
Ogos 13, 09
11:59am

kemaskini 4.35pm Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia
dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam
11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit
menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya
dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di
hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak
Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan
kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan
lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan
disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak
lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau
sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah
beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara
individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih
dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman
Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit
darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai,
jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham
Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan
Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy
Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang,
Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan
dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan
nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul
Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi
Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya
Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000),
Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni .

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani. blogspot. com)
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert
terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah
utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album
terbaik (2001).

Asri rebah ketika pegang mikrofon

rbit dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata beliau
terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohamad Asri
Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu bermula.

"Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri
sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula
dia rebah ke lantai," katanya, sebak.

Beliau berkata kematian Asri meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini
adalah hari pelancaran program Syahaddah sempena bulan Ramadan.

"Tahun ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau
dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu
tema program Syahaddah.

"Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila," katanya.

Pemuzik terkenal tanahair dan bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua
dan keenam, Ramli MS berkata pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar
terhadap industri muzik nasyid negara.

" Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi
bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya...
ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap
didengar," katanya, yang mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an lagi.

Ramli berkata allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga
mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik.

"Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari
segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati
sesiapa sahaja," kata Ramli. BERNAMA

http://www.youtube. com/watch? v=P9Sy2fsxSxM

------------ --------- --------- --------- -------

http://www.ustazami n.com/2009/ 08/diari- 98-allayarham- ustaz-asri-
rabbani.html

11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon
saya.

Hussian dari Layar Consult

“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?” Kata saya

“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?” tanya
Hussain.

“Berita apa?” Tanya saya kembali.

“Ustaz Asri Rabbani meninggal” kata Hussain lagi.

“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun” spontan kalimah ini keluar
dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya
dengar ini.

“Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar” kata
Hussain lagi.

Setelah menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke
Bangsar. Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun. Samsul, anak buah
saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul
di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

“Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan
jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik
menunggu jenazah. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Di
bilik ini belum ramai orang. Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke
sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.

“Muslim Preparation Room No. 1” papan tanda bilik jenazah di
Hospital Pantai ini.

12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini. Tiba-tiba, kawasan ini
dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani
dan sebagainya.

“Ok, masuk dua-dua ye” kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat
beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin. Pintu tertutup
dan dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang
Dato’ meminta laluan. Saya memberinya laluan.

““Polis dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut
jenazah” kata beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung
yang ada pada ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.

“Ok dua orang lagi”, kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih
yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya
membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya,
saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan
kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya
cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya,
mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya
ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang
datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik
nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan
fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang
mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang
ramai..

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

“InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih
kita junjungan besar Nabi SAW” bisik hati saya.

Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang
pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah. Yang
tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
13 Ogos 09, jam 3.18 petang.

Bilik Jenazah Muslim

Tiba-tiba kawasa ini dipenuhi dengan manusia. Untuk menziarahi jenazah
Allahyarham Ustaz Asri

Di kawasan luar hospital

Hospital Pantai, tempat akhir pejuang ini. al-fatihah.. .




AZIRA HJ. AHMAD KAMARUDDIN
Skywalker Control Room
Integrated Security Solutions,
Safeguards Securicor Sdn Bhd,
Lot 14, Jalan 241, Section 51A
46100 Petaling Jaya, Selangor,Malaysia
Tel : +603 7877 0948 (Ext - 1671)
Toll Free: 1 800 88 0681
Fax : +603 7877 0980
Mobile : 012-2592684

ROZITA TOKEY SENDAYU TINGGI‏

Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita (PENGUSAHA SENDAYU TINGGI)

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak
majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi
pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai
manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam
kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai
runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia
perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak
langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah
berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan
suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada
banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang
paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara
menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya
mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang
mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah
untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik
sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula
melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu
dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan
tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli
sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat,
saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun
lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu
menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu
mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan.
Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa
riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang
dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah
seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta
seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya
dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil
perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di
samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian
ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai
sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi
‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka
produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain
daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah
perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga
pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak
untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah
tersebut.

Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga
sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk
perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi
tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi
hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila
syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status
selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang
tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering
menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang
disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’.

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya
serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir
bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun
berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat
bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak
(Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan
suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan
keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari,
limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh,
puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar
Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus
berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin
betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT

DOA IFTITAH



Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).



SURAH AL-FATIHAH

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

RUKUK

TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.



IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)

BERDIRI SAMBIL MEMBACA

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.



IKTIDAL SELEPAS RUKUK

BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD



Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du

.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).



SUJUD PERTAMA

TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.



DUDUK ANTARA DUA SUJUD

DUDUK SEPERTI MELUTUT

Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,

perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.



SUJUD KEDUA

BACA SEPERTI SUJUD PERTAMA JUGA

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.



TAHYAT AWAL

DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL




Maksudnya:

Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala

kebaikan bagi Allah.Salam atasmu wahai

Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.

Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan

kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya

yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan

melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa

Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada

junjungan kita Nabi Muhammad.

TAHYAT AKHIR




Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala

kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai

Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.

Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan

kepada kita dan kepada segenap hamba-h

ambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa

tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku

mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh

Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan k

epada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga

Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau

anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan

keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad

dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau

berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga salam berakhir.

DO'A QUNUD

Do'a Qunut

Maksudnya:

Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.