Sunday, July 19, 2009

UNTUK AWAK

Cinta itu untuk awak dan bukan untuk awak... mungkin ayat itu yang paling tepat untuk mengambarkan apa yang saya fikirkan dan apa yang saya rasakan. Antara kita terlalu banyak kenangan, biar pun bertahun terpisah kenangan itu segar seperti semalam baru ia diukirkan. Perasaan yang tak pernah saya sedar sewaktu dahulu, waktu awak masih disisi, kini makin saya rasai, tapi ia hanya perasaan saya, saya tak tahu apa yang terbuku dalam hati awak mungkin dendam yang teramat mengenangkan kelakuan saya dahulu. Semua sandiwara dan segala yang terjadi benar-benar menghantui diri kini, tapi awak..entahlah. Hubungan ini terlalu rumit, biarlah masa yang mengaturnya dan takdir tak memilih untuk kita bersatu pada masa ini.Tapi mengapa perasaan yang bertahun-tahun dahulu begitu utuh dan mempertahankan awak..adakah saya yang salah menafsirkannya. saya tak tahu..awaklah patut beritahu saya.tapi tak mungkin. kita terlalu jauh dan saya akan sentiasa jauh.kerana itu yang terbaik untuk awak dan hanya kita berdua yang tahu apa yang terjadi dan apa yang kita sembunyikan.Tapi walau berjuta alasan yang pernah saya ciptakan dan masih saya pertahankan, awak selalu dihati, tapi bukan disisi. Segala gurauan dan nyanyian awak untuk mencuri hati sentiasa menghiasi kenangan itu. Kesabaran awaklah yang melunturkan segala keegoan hati kalaulah awak sedari hal itu.. tapi awak tak mungkin tahu kerna kita xbertaut di dahan yang utuh..

Saturday, July 18, 2009

Amalan Minum Rasullullah

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan

Ringkasan adab minum

1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2.Bacalah " Bismillah"
3.Minum dengan tiga nafas
4.Minum dalam keadaan duduk
5.Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7.Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain 9.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
10.Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan kathiraa



"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR

- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

-
Ditukar rupa menjadi wajah babi . Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

-
Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

-
Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

-
Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

-
Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

-
Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

-
Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

-
Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat
dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?


Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku.

Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.

Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada,
leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." (surah An-Naml:83).


BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT........
Wallahua'lam

Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.

LEMAH WANITA LEMBUT WANITA

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....



Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"

Monday, July 6, 2009

KENA TINDIH

Kena tindih

Fenomena kene tindih... Kepercayaan dan Kebenaran.. (saja nak share
pengalaman dengan rakan, jom kita relax sekejap)

Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and
readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni...
betulkah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda-benda pelik-pelik (hantu,
makhluk hitam dan sebagainya)

Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena.... aku pun secara jujur
pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu... adalah
dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku sedar... boleh buka mata separuh.....
aku tau aku sedar... tapi tak boleh gerak... kadang-kadang geram, sebab tak
boleh gerak..... lepas 5 ke 10 minit baru boleh gerak.... aku dulu pun
takut... memang ingat kena hempap dah... lepas boleh gerak tu rasa seram
sejuk jer...

Setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau
kebenarannya... ni aku nak cerita sikit pasal fenomena kena hempap/tindih
atau nama medicalnya 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah satu keadaan
yang terdiri daripada sudah tentulah paralysis (lumpuh) yang temporary
(sementara).... temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak
tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic
paralysis)

Normal badan manusia bila tidur, bila masuk tahap tidur yang nyenyak atau
REM (rapid eye movement... waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak)
tahap... otak akan bagi tau badan kita suruh rehat... badan kita kira macam
switch off kejap... REM atonia (tak ada muscle tone).

Otak kita pun ada switch off button.... dipanggil Reticular Activating
System (RAS)...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off
RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.)
sahaja yang on... kiranya screensaver lah atau hibernate...

So... bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar (fully awake
state) tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak
suruh switch on balik badan kita.... maka masa tu laa badan kita lumpuh
seketika... sebelum otak activate balik.... memang menakutkan tapi benar....

Tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full.. kadang-kadang partial
atau sebahagian sahaja... pasal tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi
badan lain lumpuh etc....

Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan
hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi
pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria
sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat)
4. Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba (macam biasa dok rumah saja,
tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal.... extreme sangat)
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy

So jangan lagi ada yang berkata kena hempap dengan hantu. Korang semua lagi
hantu sebenornye.... tapi kalau korang yang terutamanya kaum lelaki tu kalau
celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek bini janganlah pulak korang baca
ayat Kursi.. nanti terbakar lak bini korang.. sebaiknya ucapkanlah
Alhamdulillah!!!! ha..ha..ha. Jangan risau, ada hasilnya!!!

PETUA IMAM SHAFIE

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4.. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan
juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa
keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan
itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-
Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa
yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat
saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak
dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa
darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada
ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu
sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah
keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah
yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti
agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah
dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu
Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.

ADA TAK PAKWE/SUAMI MCM NI??‏

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu....
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah......
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye.....
Semoga saya pun ambik iktibar gak....
Wassalam ..

susah nk wat dosa..senang wat pahala

**Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge.Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-
Eleven cuma RM1 je...
------------------------------

-------------------------------------------------------------
**Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum freebukan
first drink je.Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free
lagi...
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.Susah. Nak sewa hotel (duit
tu)...Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...Silap² silap kena tangkap
basah.Ha... Boleh masuk paper free..Kalau majikan tau, boleh kena buang
keje. Laaagi haru...***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.Bangun pagi takde breakfast,
terus niat pose.Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala,siap dapat
jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu.Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.Laaagi best!!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa....
Mengumpat tu best kan ? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.Tapi,
ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok,abis kena
haruk.Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak
siap,tarik muka.Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Janda
lak kena umpat...***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.Allah akan mengingati hambaNya
yang mengingati Dia.Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek
la...Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit
berzikir.Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun
kurang terasa...***
-----------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.Kejor
le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia
tak gak dapat².***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.Takyah nak sibuk²
tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan.Mane lagih best?***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".Ha'ah! Hidup la ko kat neraka.
Hehe...Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,manusia pun lebih-lebih
lagi.Kalau tipu duit lagi parah.Hidup sentiasa dalam ketakutan. Silap²
kantoi, kena ganti.Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar
dalam Bujang Lapok)***
----------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,malah Allah akan
sentiasa memberkati hidupnya.Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia
ni,tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.Hidup pun aman,
bukan dalam ketakutan.Bahagia je...***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang.Nak study tu, study nih. Carik peguam
tuh, carik peguam nih.Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.Terpaksa
pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.Tapi dusta belaka. Ingat
upah sana upah sini tu murah ke?Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan
duit rakyat,bukan duit sendiri. Hehe...Dahla hidup kena laknat,siap booking
name sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah.Ini bukan yang manusia buat tapi hukum
yang turun dari langit.takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.Inilah
hukum2 yang seadil-adilnye.Tak payah nak fikir² nak rangka rang
undang-undang baru.Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.Selain tuh, hidup
pun diberkati.Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.Inilah
kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah. InsyaAllah...***

Renung-renungkanlah...
Wallahu a'lam...

"KECANTIKKN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA"‏

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam





*****Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari
kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik....**** *

BEWARE GIRL..Dangerous maaaaaa

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam
bahasa melayu....
HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..
check dulu expired date...
Kualiti..
dan paling PENTING kebersihanya...
takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah
mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....
Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA
WANITA...
disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan
tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..
Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu
pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...
so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....
lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm
orang2 mengandung tu...
Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape
penyakit anaknya..
dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah
MENGANDUNG....
maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia
tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan
hubungan seks..
Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20EKOR ANAK TIKUS
yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2
TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR
TERSEBUT..MUNGKINN.....
doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana
didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan
memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...
kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka
telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri
dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story......
*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..
*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2
BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...
*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK
TERJADI

TAULADAN

Tauladan
Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh


Sepasang
suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki
3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat.
Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka
memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga
mereka secepat mungkin.

Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan
pembahagian

harta sepencarian di antara mereka, perundingan
berlangsung lancar dan akhirnya


sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah,
rumah, dan semua aset

harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua
belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya,
yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka
tiga orang].
Baik si suami maupun si isteri, sama sama
ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak
tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman
a.s. dulu.
Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama,
meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak,
yaitu mereka

diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka
harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan
mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan
tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah
untuk dibahagi di antara mereka
berdua.
Kerana
si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka
mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan
akhirnya mereka berhasil.

Setahun
kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu
dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan
dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :
"Apakah Kalian
tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal
bercerai?".
Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha
pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus
juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan
saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang
Imam.
"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu
anak, tapi dua anak,anak kembar
!!".
Beberapa
hikmah:
1.
Menunda tindakan negatif sering
bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi.
Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang
ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang
menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb
sampai tewas....
2.
Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah
kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab
[jangan marah] kepada
sahabatnya.
3.
Kisah diatas menunjukkan kasih sayang
Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas
yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam
pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan
isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali
membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan
membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa
baiknya suaminya/isterinya.

4.
Pertengkaran itu lumrah rumah tangga.

Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa
nikmat.
Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa
setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak
sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karen a pertengkaran itu
seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan
luasnya
membinasakan.

...sampaikanlah
ilmu walaupun hanya satu ayat......


...muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri
orang lain........ ...