Friday, March 13, 2009

RASULULLAH DAN SEBIJI LIMAU

Rasulullah & Sebiji Limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun
kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis
semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih
dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali
pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara
kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang
hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.
Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang
bukan Islam pula.

"selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang
yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah
dicari"-Saidina Ali

0 comments: