Wednesday, September 9, 2009

Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'‏

Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'

Oleh ZIEMAN

Keluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri akan senantiasa dikenang -foto blog
Ustaz Asri

BELASUNGKAWA

USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian
mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22
Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah
seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila
menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.

Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara
Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.

Kumpulan nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd.
Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz,
Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul
Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep tersendiri

Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani. blogspot. com) setiap
patah perkataan bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi
ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik,
abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat
mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa
syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati
syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia
paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga,
masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan
sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita
lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran
alunannya sudah begitu sebati dengan kita..

Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai
wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa
kehilangan.

Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah
antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman
sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."

TINGGAL KENANGAN...Saat- saat bahagia bersama anak-anak

Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara
sembilan anggota Rabbani.

Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi
pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.

Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering
berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi
jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "

Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia
akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan
tetap berpesan agar buat kebaikan.

Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai
13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam
orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd
Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media
program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira
pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30
pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital
Pantai, Bangsar.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong,
di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini
selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang
dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

KUMPULAN RABBANI

Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang
Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan
komuniti kepada kebaikan".

Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan,
imej dan persembahan.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah
banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada
Rabbani.

Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad
Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar
Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri kerana konsep
yang berbeza.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik
dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah
mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan
bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan
digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.

Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan
menampilkan world muzik.

Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu
yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka
terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta
nama dalam bidang perniagaan.

PENGHASILAN ALBUM

Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:

Arwah bersama ibu tersayang

1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya
Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995) Pergi
Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman 20019) Qiblat
200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla Beena 200413) Suara
Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 200615) Ramadhan Syawal
200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H 200718) Rabbani 1418-1428H
(VCD&VCD Karaoke) 2008

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan Terbaik
Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 - Iqrar-14214. Album
Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid Terbaik 2003 - Qiblat

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023. Penyanyi
Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi Nasyid Popular
20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2.. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal
Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo
Terbaik 2006

RINTIHAN ZIKRULLAH

Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir adalah
penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.

Justeru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang
menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan.

Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara
IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan
pengalaman hidupnya.

Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah
ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.

"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir
itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.

Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih
kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati,
Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjak
kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap
detik kejayaannya bersama anggota yang lain.

Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan..

Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah
S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----
----- --------- --------- --------

video klip detik-detik terakhir sebelum Ustaz Asri Rabbani meninggal
dunia…
Bismillah

Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarahi jenazah Ustaz Asri, untuk kali
terakhir. Walau terpaksa ponteng final touch untuk ke Kampung Orang Asli
Teji & Abu esok. Walau tidak sempat untuk menatap wajahnya untuk kali
terakhir, namun saya bersyukur, sempat juga saya menghadiri pengkebumian
beliau.

Tiba saja saya di Tanah Perkuburan seksyen 21, Shah Alam, sejurus selepas
Isya’, ternampak kelibat orang ramai. Masya Allah, orang ramai
menghadiri majlis pengkebumian beliau.

Setibanya di tanah perkuburan, jenazah sudah siap dikebumikan, dan doa baru
dibacakan.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Ustaz Asri, dan dosa-dosa kami.

Sebak melihat isteri beliau dan anak-anak yang masih berpakaian sekolah.
Usai bacaan doa, sedikit ucapan dari seseorang yang saya tidak kenali.
Kemudian, Azadan menarik nafas dalam-dalam, menyambung ucapan, berterima
kasih. Kelihatan beberapa anggota Rabbani yang lain. Menahan sebak didada..

Takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga beliau, serta para anggota
Rabbani yang lain. Yang pergi tetap pergi, pergi meneruskan hidup dialam
yang satu lagi.

Usai bersalaman dengan isteri arwah, saya merenung anak-anaknya dari
kejauhan. Muadz kelihatan memeluk seorang dari anaknya

Dari satu blog yang saya baca, mengenai Ustaz Asri:

” Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain
putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya
membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya,
saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan
kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya
cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya,
mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya
ucapakan lagi padanya:-

“Sahabat, selamat berehat”.

Dikatakan, sebelum beliau meninggal, beliau sempta meminta senaskhah al-
Quran. MasyaAllah!

Dan di blog Abg Razin MESTICA juga.

Terima kasih kepada yang memandu arah, Abai Hijjaz yang ketika itu berada di
Kelantan dan juga Muaz HME.

Di antara yang saya temui, Abg Razin Mestica, Inteam [Salah seorang dari
mereka kelihatan menitiskan air mata ketika jenazah selamat dikebumikan] ,
dan ramai lagi, datang untuk pertemuan terakhir di dunia dengan Ustaz Asri.

Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah SWT.. Ameen~ Ustaz, terima kasih
atas segalanya.

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat
mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa
syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati
syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia
paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga,
masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan
sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…

~Ustaz Asri Rabbani.. Dalam ingatan~

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----
----- --------- --------- --------- -

Vokalis utama Rabbani meninggal
KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (atas),
meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat
sakit jantung, pagi semalam.

Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program
Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar
ke PMC untuk rawatan.

Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang,
Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi
tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah,
namun dia tetap menyertai raptai itu,” katanya ketika ditemui di PMC.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd
Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah
Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam
selepas Maghrib, semalam.

Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota terdiri
daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman
Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob, Mohd Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan
Affendi Shahabudin.

Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah Pergi Tak
Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di Ambang Syawal,
Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet dengan Amy Search
menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah
Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata ketika
kejadian beliau dalam perjalanan dari pejabatnya ke auditorium untuk
menghadiri pelancaran program Syahadah yang akan disiarkan di RTM sempena
Ramadan ini.

“Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai mengusung beliau untuk
dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan Asri meninggal
dunia.

“Majlis diteruskan, tetapi tanpa persembahan perasmian, sebaliknya
memainkan lagu tema program Syahadah menerusi cakera padat,” katanya.

Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi Ismail, berkata
beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh sebelum program bermula.

“Kira-kira jam 10.30 pagi Asri masuk studio. Asri memegang mikrofon,
tetapi beberapa saat sebelum program bermula Allahyarham rebah ke
lantai,” katanya.

Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris menganggap
Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula mengenalinya sebelum kemunculan
kumpulan nasyid kontemporari lain.

“Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan sendiri cuba
meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah sebagai pahlawan dan
ikon nasyid,” katanya.

Asri Rabbani meninggal dunia

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA dan METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan. com.my

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd. Asri
Ibrahim, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 pagi selepas tidak
sedarkan diri di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri hari ini.

Allahyarham bersama kumpulannya sepatutnya menyanyikan lagu tema sempena
pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan RTM.

Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah kira-kira pukul 10 pagi
ketika membuat latihan nyanyian lagu tema tersebut bersama anggota Rabbani
lalu dikejarkan ke Hospital Pantai, Bangsar sebelum disahkan meninggal dunia
akibat serangan jantung.

Allahyarham dikebumikan malam tadi selepas Maghrib di tanah perkuburan Islam
Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibunya, Rubiah Ehsan, 70-an
di Jalan Ikan Kelisa, Kampung Bukit Lanchong untuk disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, serta enam anak
iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10;
Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.

Menurut isterinya yang juga dikenali sebagai Noor Janah, dia dan anak-anak
serta keluarga reda dengan pemergian Allahyarham meskipun berat di hati
menerima takdir tersebut.

Menceritakan detik-detik sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir,
Noor Janah berkata, malam tadi, Allahyarham mengajaknya makan malam berdua
di luar.

''Allahyarham menyuruh saya memesan apa sahaja makanan yang saya mahu.
Pulang sahaja ke rumah, kami terus menonton televisyen berdua.

''Pagi ini, dia mengadu pening kepala dan badannya berpeluh-peluh. Tetapi,
dia gagahkan juga ke pejabat.

''Sebelum dia ke RTM untuk rakaman program Syahadah , saya sempat melihat
wajahnya, salam dan cium tangannya. Cuma saya tidak sempat untuk memeluknya
dengan erat seperti kebiasaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Kampung
Bukit Lanchong, Shah Alam.

Haliza memberitahu, soal dirinya dan anak-anak selepas ini, dia bersyukur
kerana semuanya telah terlatih untuk hidup berdikari.

''Allahyarham banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah dan nasyid.

''Tahun ini, dua anak kami akan menjalani peperiksaan penting iaitu
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Insya-Allah kami akan tabah jalani hidup selepas ini," jelasnya.

Sementara itu, seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah ketika ditemui
memberitahu, sebelum memulakan latihan, Allahyarham batuk dan wajahnya pucat.

''Bagi meredakan batuk, Allahyarham sempat minum air limau dan madu.
Bagaimanapun, Allahyarham muntah-muntah sebelum bertolak ke Angkasapuri.

''Walaupun kurang sihat, Allahyarham tetap mahu meneruskan latihan,''
katanya ketika ditemui di Hospital Pantai.

Selain anggota Rabbani, pekarangan Hospital Pantai dipenuhi hampir 100
kenalan dan keluarga terdekat Allahyarham termasuk Nash, Yasin Sulaiman, Amy
Search, Mas Omar, Nazrey Johani, Ramli MS, Ali Mamak, Hafiz Hamidun, Ina
Naim dan suaminya, Suhaimi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang ditemui
di Hospital Pantai memberitahu, ketika kejadian, dia melihat pelbagai usaha
telah dilakukan oleh anggota Rabbani bagi menyelamatkan Allahyarham.

Katanya, biarpun keadaan cemas, pelancaran program Syahadah tetap diteruskan.

''Secara peribadi, saya sifatkan ini sebagai satu kehilangan besar buat
industri nasyid kontemporari. Memang sukar mencari bakat sepertinya,' ' kata
Ibrahim.

Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor memulakan
penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997. Sebelum Rabbani,
kumpulan tersebut dikenali sebagai kumpulan Nada Murni.

Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, Rabbani telah menghasilkan
sebanyak 19 buah album termasuk ARAH (1998), Muhammad Ya Habibi (1999),
Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Iqrar - 1421 (2001), Yalla Beena
(2004) dan Nostalgia Nada Murni (2008).

Bersama Rabbani, pelbagai kejayaan diperoleh oleh Allahyarham antaranya
memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 bagi kategori Album Nasyid
Terbaik, Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album, Album Terbaik 2001
kesemuanya menerusi album Iqrar - 1421 .

Khamis Ogos 13, 2009

Jenazah Ustaz Asri Rabbani selamat dikebumikan

Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL ADZRIN

Jenazah Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari ini di Tanah
Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam
ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung
Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan
meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung
ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan
terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah
jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di
Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan
artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga
arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis
sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel
Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang
bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana
sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang
bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak
itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang
untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani
yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu
lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat
persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba
nanti. -foto The Star

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel
Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan
di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja,
banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak
iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10,
Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi
pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan
sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal
seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'
nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah
banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada
Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai
Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan
tahun berturut-turut.

Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM)
seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik
Dalam Album 2001 (Iqrar-1421) , Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421) , Album
Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta
Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik
2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri
hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada
landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan
KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan
objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad
Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar
Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah
menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…'
(1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004)
dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik
dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut
citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan
digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang
muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan
menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke
semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan
negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling
utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu
berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan..

Menerusi AIM juga, Rabbani pernah memenangi Album Nasyid Terbaik 2002 (
Intifada ), Album Nasyid Terbaik 2003 ( Qiblat ) serta Album Nasyid Terbaik
2009 ( Nostalgia Nada Murni ) serta Lagu Nasyid terbaik 2009 ( Bila Nur
Melimpah Di Hati ).

Rabbani juga pernah memenangi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali di
Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian .

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----

http://www.. malaysia kini.com/ news/110443
Asri Rabbani 'pergi tak kembali'

Salhan K Ahmad
Ogos 13, 09
11:59am

kemaskini 4.35pm Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia
dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam
11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit
menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya
dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di
hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak
Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan
kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan
lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan
disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak
lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau
sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah
beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara
individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih
dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman
Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit
darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai,
jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham
Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan
Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy
Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang,
Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan
dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan
nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul
Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi
Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya
Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000),
Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni .

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani. blogspot. com)
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert
terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah
utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album
terbaik (2001).

Asri rebah ketika pegang mikrofon

rbit dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata beliau
terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohamad Asri
Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu bermula.

"Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri
sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula
dia rebah ke lantai," katanya, sebak.

Beliau berkata kematian Asri meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini
adalah hari pelancaran program Syahaddah sempena bulan Ramadan.

"Tahun ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau
dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu
tema program Syahaddah.

"Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila," katanya.

Pemuzik terkenal tanahair dan bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua
dan keenam, Ramli MS berkata pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar
terhadap industri muzik nasyid negara.

" Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi
bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya...
ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap
didengar," katanya, yang mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an lagi.

Ramli berkata allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga
mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik.

"Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari
segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati
sesiapa sahaja," kata Ramli. BERNAMA

http://www.youtube. com/watch? v=P9Sy2fsxSxM

------------ --------- --------- --------- -------

http://www.ustazami n.com/2009/ 08/diari- 98-allayarham- ustaz-asri-
rabbani.html

11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon
saya.

Hussian dari Layar Consult

“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?” Kata saya

“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?” tanya
Hussain.

“Berita apa?” Tanya saya kembali.

“Ustaz Asri Rabbani meninggal” kata Hussain lagi.

“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun” spontan kalimah ini keluar
dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya
dengar ini.

“Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar” kata
Hussain lagi.

Setelah menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke
Bangsar. Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun. Samsul, anak buah
saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul
di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

“Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan
jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik
menunggu jenazah. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Di
bilik ini belum ramai orang. Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke
sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.

“Muslim Preparation Room No. 1” papan tanda bilik jenazah di
Hospital Pantai ini.

12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini. Tiba-tiba, kawasan ini
dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani
dan sebagainya.

“Ok, masuk dua-dua ye” kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat
beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin. Pintu tertutup
dan dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang
Dato’ meminta laluan. Saya memberinya laluan.

““Polis dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut
jenazah” kata beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung
yang ada pada ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.

“Ok dua orang lagi”, kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih
yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya
membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya,
saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan
kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya
cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya,
mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya
ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang
datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik
nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan
fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang
mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang
ramai..

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

“InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih
kita junjungan besar Nabi SAW” bisik hati saya.

Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang
pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah. Yang
tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
13 Ogos 09, jam 3.18 petang.

Bilik Jenazah Muslim

Tiba-tiba kawasa ini dipenuhi dengan manusia. Untuk menziarahi jenazah
Allahyarham Ustaz Asri

Di kawasan luar hospital

Hospital Pantai, tempat akhir pejuang ini. al-fatihah.. .




AZIRA HJ. AHMAD KAMARUDDIN
Skywalker Control Room
Integrated Security Solutions,
Safeguards Securicor Sdn Bhd,
Lot 14, Jalan 241, Section 51A
46100 Petaling Jaya, Selangor,Malaysia
Tel : +603 7877 0948 (Ext - 1671)
Toll Free: 1 800 88 0681
Fax : +603 7877 0980
Mobile : 012-2592684

0 comments: