Saturday, October 24, 2009

SOTONG KERING VS CANCER






GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi
jika dimasak sebagai sambal.


Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin
ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik
jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik
dan baja fosfat.


"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu
dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya,
S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.


Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti
tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar
yang lebih rendah.


"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong
kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.


CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel
sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium
serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.



0 comments: