Friday, November 7, 2008

Bila Paderi Terbuka Rahsia

Bila Paderi Terbuka Rahsia
>
>Assalamualaikum dan salam sejahtera....
>
>'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
>
>Hayati kandungannya
>
>Bismillahirrahmanirrahim.
>
>Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,
>insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia
>
> Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
>Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
>berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,
>dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan
>dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan
>semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
>
>Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
>Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
>Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
>keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
>permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku
>dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
>
>Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
>lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
>kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
>harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.
>Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
>tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku
>minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda
>ini beranjak keluar.
>
>Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu
>bahawa saya seorang Muslim?' Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat
>di wajahmu.'
>
>Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
>kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
>memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
>itupun menerima tentangan debat tersebut.
>
>Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
>harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata,
>'Silakan!'
>
>Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
>tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang
>tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
>delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang
>tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
>tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'
>
>'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
>dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
>namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia
>tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah
>dan ibu!'
>
>'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
>siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
>siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'
>
>'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
>yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
>mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'
>
>Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
>Allah.
>
>Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,
>
>-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
>
>-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t.. berfirman, 'Dan
>Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
>(Al-Isra': 12).
>
>-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
>Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
>menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
>
>-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
>
>- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
>
>-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
>makhluk.
>
>-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
>berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
>sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
>tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).
>
>-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
>s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
>Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
>(kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).
>
>-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
>Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
>katak, darah, kutu dan belalang.*
>
>-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
>berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
>lipat.' (Al-An'am: 160).
>
>-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
>
>-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
>dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
>lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah
>daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).
>
>-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
>ditambah dengan ayah dan ibunya.
>
>-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
>Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
>menyingsing.' (At-Takwir: 18).
>
>-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
>
>-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi
>Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami,
>sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
>barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap,
>Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah
>mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
>Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)
>
>-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
>Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
>keldai.' (Luqman: 19).
>
>-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
>Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
>
>-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah
>Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
>berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya':69).
>
>-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
>batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
>Kahfi (penghuni gua).
>
>-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
>Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
>itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).
>
>-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
>setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
>matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
>Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
>hari dan Dua di siang hari.
>
>Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
>tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya
>dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini
>disetujui oleh paderi.
>
>Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'
>
>Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
>keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
>kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
>terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
>mengelak.
>
>Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya
>dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak
>mampu menjawabnya!'
>
>Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
>kalian marah.'
>
>Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
>
>Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
>Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '
>
>Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
>Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
>dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**
>
>NOTA:
>
>Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup
>bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan
>Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan
>orang-orang kafir.
>
>Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu
>bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya)
>apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah
>itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti
>sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak.
>Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua
>Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana
>bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
>
>Wallahua'lam

0 comments: