Tuesday, November 4, 2008

PAKU DIDINDING HATIMU...


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak
dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil
sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni
paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah
kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang
paku
pada
tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat
mengurangkan
kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya
mengenai perkara tersebut dengan
gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku
itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia
berjaya mencabut
kesemua
paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ;

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama
lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti
ini. Kau boleh menikam
seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi
ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam
mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari
luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka
membuatkan kamu ketawa dan
menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka
dan sentiasa membuka hatinya kepada kita”.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di
Dinding hati anda."



0 comments: