Monday, July 6, 2009

susah nk wat dosa..senang wat pahala

**Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge.Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-
Eleven cuma RM1 je...
------------------------------

-------------------------------------------------------------
**Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum freebukan
first drink je.Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free
lagi...
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.Susah. Nak sewa hotel (duit
tu)...Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...Silap² silap kena tangkap
basah.Ha... Boleh masuk paper free..Kalau majikan tau, boleh kena buang
keje. Laaagi haru...***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.Bangun pagi takde breakfast,
terus niat pose.Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala,siap dapat
jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu.Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.Laaagi best!!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa....
Mengumpat tu best kan ? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.Tapi,
ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok,abis kena
haruk.Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak
siap,tarik muka.Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Janda
lak kena umpat...***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.Allah akan mengingati hambaNya
yang mengingati Dia.Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek
la...Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit
berzikir.Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun
kurang terasa...***
-----------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.Kejor
le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia
tak gak dapat².***
-------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.Takyah nak sibuk²
tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan.Mane lagih best?***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".Ha'ah! Hidup la ko kat neraka.
Hehe...Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,manusia pun lebih-lebih
lagi.Kalau tipu duit lagi parah.Hidup sentiasa dalam ketakutan. Silap²
kantoi, kena ganti.Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar
dalam Bujang Lapok)***
----------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,malah Allah akan
sentiasa memberkati hidupnya.Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia
ni,tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.Hidup pun aman,
bukan dalam ketakutan.Bahagia je...***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang.Nak study tu, study nih. Carik peguam
tuh, carik peguam nih.Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.Terpaksa
pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.Tapi dusta belaka. Ingat
upah sana upah sini tu murah ke?Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan
duit rakyat,bukan duit sendiri. Hehe...Dahla hidup kena laknat,siap booking
name sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram!!***
-------------------------------------------------------------------------------------------
***Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah.Ini bukan yang manusia buat tapi hukum
yang turun dari langit.takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.Inilah
hukum2 yang seadil-adilnye.Tak payah nak fikir² nak rangka rang
undang-undang baru.Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.Selain tuh, hidup
pun diberkati.Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.Inilah
kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah. InsyaAllah...***

Renung-renungkanlah...
Wallahu a'lam...

0 comments: