CREDIT CRUNCH : MUSTAHIL BERLAKU DALAM EKONOMI ISLAM
KRISIS KREDIT INI UMPAMA PENYAKIT SIPLIS
Pada zaman kegemilangan Islam, penyakit siplis tidak dijumpai dalam Negara Islam. Ia dikenali sebagai penyakit orang Eropah (European Man Disease). Ini kerana perlaksanaan hukum Islam memustahilkan penyakit ini merebak.
Begitu juga dengan krisis kredit ini, ia mustahil berlaku dalam negara Islam. In kerana asas ekonomi Islam sama sekali berbeza dengan kapitalisme. Penyakit kronik ini akan membawa kepada ajal kapitalisme sebentar lagi.
KESAN TERHADAP
Pengerusi Federal Reserve (FED), Ben S. Bernanke, dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Henry Paulson, mengumumkan US memerlukan bantuan antarabangsa untuk menangani krisis kredit yang sedang melanda. Malah mereka turut mengakui bahawa krisis ini telah melanda
Kesan ini sememangnya dirasakan di seluruh dunia.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menyatakan Asia akan menerima kesan dari krisis kredit ini kerana Asia adalah pengeluar produk utama kepada
KRISIS ADALAH LUMRAH KAPITALISME
Dr. Thahir Abdul Muhsin Sulaiman menyebut krisis dalam system ekonomi kapitalisme memang bersifat suatu kitaran. Ertinya perrtumbuhan ekonomi yang terjadi hanyalah putaran menuju puncak dan akan jatuh ke lembah krisis kembali.
Harry Shutt dalam Destroy of Capitalisme (2005) menyebut bahawa kapitalisme kini sedang mengalami gejala-gejala utama kegagalan secara sistemik. Misalnya semakin pertumbuhan ekonomi yang semakin lesu dan semakin sering terjadinya krisis kewangan.
Jurubicara Hizbut Tahrir
BAGAIMANA KRISIS KREDIT INI BERMULA?
Di Amerika Syarikat, jumlah mereka yang tidak mampu membeli rumah adalah terlalu ramai. Wujudnya terlalu ramai orang yang tidak layak meminjam (sub prime) ini telah memberi kesan buruk kepada sektor hartanah, perbankan, pembinaan dan insurans sehingga satu tahap kritikal sekitar 1990an. Untuk itu, US mula membenarkan golongan sub prima ini membuat pinjaman untuk membeli hartanah tetapi dengan kadar faedah dan perlindungan insurans yang sangat tinggi.
Kesannya, harga hartanah tadi melambung berkali ganda. Kemudian mereka malah menerbitkan bon dari hutang-hutang sub prima tersebut. Maka nilai non real hartanah terus meningkat sehingga ia menjadi trend di US. Di satu sisi sektor hartanah, perbankan dan insurans kelihatan perkembang. Hakikatnya adalah seperti data Moody’s ratio of Credit Downgrades to Upgrades adalah pola kredit perbankan yang semakin menurun sejak 1993 yang membahayakan sektor perbankan itu sendiri.
Krisis sub prima ini mula dirasakan sejak 2007, apabila mereka tidak mampu membayar hutang bon-bon yang diterbitkan dan bank tidak mampu untuk memberikan pinjaman untuk pembiayaan semula. US
Dalam masa yang sama, krisis sub prima mencapai takat didih sehingga bank tidak cukup kredit. Permasalahan paling kritikal adalah nilai real hartanah yang dijadikan bon adalah terlalu kecil berbanding bon yang dikeluarkan. Tentunya bank hartanah seperti Indi Mac, Fannie Mae dan Lehman Brothers paling teruk menerima kesannya, diikuti syarikat inusrans terbesar dan merebak ke pasaran saham Wall Street. Sekarang, krisis yang bermula di Negara Uncle Sam ini telah merebak ke seluruh dunia.
KRISIS KREDIT MUSTAHIL BERLAKU DALAM EKONOMI ISLAM
1. Perbezaan fundamental adalah Islam memandang matawang sebagai alat tukaran sedangkan kapitalisme memandang matawang komoditi dagangan.
2. Sistem matawang Islam adalah bersandarkan emas dan perak. Sedangkan kapitalisme hanyalah fiat money yang hampir tiada sandaran emas. Kapitalis telah menerapkan sistem matawang bersandarkan hutang (debt based moneytary system) yang membolehkan mereka menjana wang dari hutang yang mana ia dijadikan asas ekonomi.
3. Islam melarang riba sedangkan faedah adalah asas bagi sistem matawang bersandarkan hutang yang telah diterapkan sejak 1973 hingga kini.
4. Dalam Islam tiada perkongsian non real sebagaimana sektor non real yang mendominasi ekonomi kapitalisme yang lahir dari spekulasi.
0 comments:
Post a Comment