Friday, April 17, 2009

PENTING







FOTO : Wajah keluarga ini tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan


Pada hari Khamis 5hb Mac 2009 Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) telah menerima email dari seorang sahabat bernama Atty Rahim (email :
attyrahim@gmail.com ) menceritakan mengenai kes seorang ibu yang dalam kesempitan dalam membesarkan 6 orang beliau yang berusia 2 hingga 12 tahun. Dua beradik terpaksa berkongsi pakaian, maknanya jika abang memakai baju, adiknya terpaksa berbogel.

Kes ini kemudiannya dirujuk kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah untuk tindakan lanjut. Pada hari Sabtu 7hb Mac 2009 kira-kira jam 5.00 petang rombongan yang terdiri dari urusetia SIM dan juga pihak yayasan telah melakukan lawatan ke lokasi. Dari siasatan dan soaljawab didalam pertemuan hampir 2 jam tersebut jelaslah bahawa keluarga ini benar-benar memerlukan bantuan segera. Antara perkara-perkara yang kami kenalpasti dalam kes ini ialah :

1. Keluarga berkenaan hidup dalam ketakutan kerana sebelum ini terlibat berhutang dengan Along kerana perlukan belanja persekolahan anak-anak.

2. Hidup menumpang di flat yang disewa dari orang lain.

3. Persekolahan anak-anak terganggu akibat kemiskinan

4. Anak-anak hanya minum teh O bagi menggantikan susu

5. Hutang tertunggak sewa rumah, api dan air sudah mencecah RM1,000

Sebagai langkah segera pihak Yayasan Pembangunan Nurhikmah telah menyumbangkan RM1,000.00 dari Tabung Kecemasan YPN sebagai membantu keluarga ini menyelesaikan hal-hal berkaitan makan minum serta keperluan asas yang lain..

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merayu anda sekelian untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini samada melalui akaun yayasan atau menghubungi En Ahmad Fadzil ditalian 012-2968649 . Semua bentuk bantuan adalah dialu-alukan samada pakaian, makanan atau wang tunai

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan melalui akaun berikut :

MELALUI MAYBANK
Melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email kes206@nurhikmah.org.my.
MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (Letakkan KES 206)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
Fax : 03-87332967

0 comments: