PENGENALANTidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan badan dan mindanya. Lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur setiap malam. Keperluan ini berbeza daripada individu kepada individu lain. Ada individu yang mampu berfungsi dengan baik hanya dengan 4 jam tidur. kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih daripada orang tua. APA BERLAKU JIKA SAYA TIDAK TIDUR?Ingatlah bahawa belum ada orang yang mati kerana kurang tidur. Tidak dapat tidur malam sekali sekala tidak akan menjejaskan sangat kesihatan fizikal atau mental. Pekerja-pekerja waktu malam akan mengalami gangguan tidur semalam-dua selepas bertukar masa kerja. Pengembara jarak jauh yang menyeberangi kawasan masa akan mengalami "jet lag" iaitu terbangun ditengah malam atau merasa mengantuk diwaktu siang. Jika individu tidak tidur beberapa malam, beliau akan merasa sukar untuk membuat keputusan dan perasaan ('mood') akan terjejas. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang mengendalikan mesin-mesin berat atau memandu. MASALAH TIDUR DALAM KEHIDUPAN ORANG DEWASAKekurangan tidur kerana masalah-masalah kecil boleh diatasi tanpa berjumpa doktor - Amalkanlah cara tidur yang sihat. AMALAN TIDUR YANG SIHATJika anda bermasalah untuk tidur, disini ada beberapa panduan yang boleh menolong anda tidur dengan baik :
Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba tidur pada keesokkan harinya - ia akan menyukarkan anda tidur pada malam berikutnya. Jika anda terlalu letih masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya. Perkara-perkara yang berikut perlu dihindari :
BILA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN?Jika insomnia berterusan, ia boleh jadi berpunca daripada masalah emosi, kesukaran dalam kehidupan seharian atau kadang-kadang masalah psikologi yang lebih serius. Kebimbangan yang lebih boleh menyukarkan individu untuk tidur. Dalam kemurungan yang teruk, individu mungkin terbangun awal atau ditengah malam dan tidak boleh tidur semula. Jika keadaan fizikal, seperti arthritis (sakit sendi) dan masalah pernafasan, menjadi punca insomnia, maka rawatan kepada penyakit ini seharusnya boleh mengurangi masalah tidur. Dapatkan nasihat doktor jika insomnia masih terus berlaku sekalipun anda mengamalkan tidur yang sihat. PENGUBATANPil tidur atau hipnotik selalunya diperskripsikan bagi masalah tidur. Walaupun pil ini boleh membuat anda tidur dengan baik, penggunaan jangka panjang akan membuat kesannya berkurangan dan ketagihan. Berhenti dengan tiba-tiba penggunaannya akan menyebabkan insomnia berlaku semula disamping mimpi-mimpi buruk. Dengan itu, individu digalakkan mengurangi dos pil itu secara perlahan-lahan dibawah penyeliaan doktor. KESIMPULANInsomnia boleh dikatakan sebagai satu masalah biasa. Puncanya pelbagai, kebimbangan, keresahan dan tekanan mental adalah diantara puncanya. Untuk mengatasi insomnia puncanya perlu dicari dan diatasi. Biasanya masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan tabiah tidur dengan baik, kaunselling dan mengelakkan penggunaan hipnotik atau alkohol secara berterusan untuk memudahkan tidur. |
Sunday, April 26, 2009
MASALAH TIDUR
Posted by ana at 5:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment